|
|
|
Written by code7
|
|
Saturday, 16 January 2010 |
|
Sejak Rahsiaebiz.Com wujud sejak 3 tahun lalu tak terjangka saya akan capai ahli berdaftar percuma sebanyak 3,000 orang dan meningkat dari masa ke semasa. Malah keahlian berbayar PREMIUM saja sudah ada 100 lebih ahli dan juga ada lebih dari 5,000 subscribers berpotensi dalam mailing lists yang saya miliki. Walau bagaimanapun sudah tiba masanya untuk menutup keahlian percuma dan focus kepada mailing lists sahaja bagi memudahkan saya menyampaikan maklumat dan pelbagai updates pada saluran yang lebih baik. Bagi mereka yang belum subscribe mailing list Newsletter Rahsiaebiz boleh daftar sekarang percuma sambil dapat ebook Rahsia 30 Tools Usahawan Internet. Saya menyarankan mailing lists sebab ia lebih senang nak berkongsi maklumat dengan pantas, di samping berkomunikasi lebih jelas sesama kita.
Comment this article | Add as favourites (116) | Quote this article on your site | Views: 695 |
|
Read more...
|
|
|
Written by code7
|
|
Sunday, 10 January 2010 |
Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu. Dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu.. ~ Imam As-Syafie Satu nasihat dan mutiara kata dari Imam As-Syafie menunjukkan betapa pentingnya ilmu di dalam kehidupan manusia. Suka saya berpesan pada diri sendiri dan juga teman sahabat sekalian agar sama-sama kita semaikan sifat minat membaca dan menyintai ilmu pengetahuan demi kebaikan masa depan semua. Comment this article | Add as favourites (105) | Quote this article on your site | Views: 1086 |
|
Last Updated ( Sunday, 10 January 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by code7
|
|
Monday, 04 January 2010 |
Saya rasa terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai pengurusan kewangan peribadi bagi tahun baru 2010. Oleh kerana kekayaan itu berkaitrapat dengan tatacara pengurusan kewangan yang berhemah maka di sini saya ringkaskan 7 tip umum yang boleh kita gunakan untuk memperolehi kedudukan kewangan yang stabil & baik. Walau bagaimanapun ia cumalah pada pandangan peribadi saya secara umum, terpulang kepada saudara saudari untuk menyesuaikannya dengan keperluan semasa. 1. Mempunyai simpanan dana kecemasanAdalah amat penting untuk mempunyai ' emergency funds' memandangkan dunia ini penuh dengan ketidaktentuan seperti krisis ekonomi, kemalangan, sakit atau lain-lain yang tidak diduga sehingga menyebabkan kita tidak dapat 'perform' dalam kerja maupun bisnes sepertimana biasa dalam masa yang agak lama. Oleh itu simpanan dana kecemasan boleh dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan kita. Lebih banyak lagi bagus dan ini seharusnya menjadi disiplin yang kuat utk mengekalkan dana kecemasan ini tidak sewenang-wenangnya diguna tanpa sebab yang munasabah. 'Emergency Funds' ini boleh juga disimpan di dalam ASB atau Tabung Haji yang kelebihannya 'liquid' serta mampu menjana keuntungan dividen tahunan. 2. Membayar bil, kad kredit & hutang tepat pada masanyaIni penting supaya kita tidak dikenakan caj lewat bayar. Oleh itu buat financial to-do-list setiap bulan supaya kita tidak terlupa membayar mana-mana bil utiliti, Astro, kad kredit, pinjaman pendidikan serta lain-lain. Elakkan duit kita hangus akibat caj yuran lewat bayar atau caj yuran sambungan perkhidmatan Astro dan sebagainya. Saya cadangkan pembayaran semua bil & debt ini dibuat secara online banking tanpa perlu ke kaunter. Sebagai contoh saya menyelesaikan semua bil utiliti, pinjaman pendidikan, credit card di one-stop center Maybank2U. Ini juga satu bentuk penjimatan besar tanpa perlu beratur panjang. di kaunter Jika ia mampu dilakukan maka kita telah menjimatkan banyak duit & masa kita. Comments (5) | Add as favourites (100) | Quote this article on your site | Views: 2112 |
|
Read more...
|
|
|
Written by code7
|
|
Thursday, 31 December 2009 |
|
 Nampaknya seperti yang saya pesan sebelum di dalam newsletter maupun facebook maka dengan ini rasmilah keahlian PREMIUM Rahsiaebiz telah SOLD OUT !!! Sudah lebih 100 orang ahli eksklusif yang menyertai keahlian ini dan saya begitu berbangga dengan mereka kerana berani membuat pembelian yang luar biasa. Malah banyak juga yang memberi komen positif di dalam email maupun facebook mengenai kelebihan PREMIUM dalam memberi manfaat yang terlalu besar sekali. Di bawah berikut saya lampirkan komen ikhlas daripada salah seorang pelanggan setia kami iaitu Cik Syalida Rosnan yang telah berjaya menjadi ahli eksklusif PREMIUM Rahsiaebiz. serta membeli produk CD Grafik kami.
Comment this article | Add as favourites (83) | Quote this article on your site | Views: 737 |
|
Read more...
|
| |
|
|
Written by code7
|
|
Friday, 25 December 2009 |

Sepertimana yang telah saya janjikan di dalam newsletter rahsiaebiz sebelum ini maka sudah diupdate 3 ebook terbaru mengenai SEO (social engine optimization) yang paling popular di dunia sptmana undian sebahagiannya di TopRankBlog. Ebook SEO tersebut adalah Art of SEO , Search Engine Optimization: An Hour a Day & Increase Your Web Traffic in a Weekend. Ketiga-tiga ebook ini adalah cukup dahsyat informasinya & huraian teknik terbaik SEO secara detail. Saya rasa para IM Malaysia, Blogger, Webmaster maupun sesapa sahaja yang mempunyai web atau blog patut baca semua rahsia dalam ebooks ini. Ini kerana dengan memanipulasikan kelebihan SEO membolehkan web atau blog kita mendapat limpahan traffic terbesar dunia dari search engine Google maupun Yahoo. Bila kita dapat lebih banyak traffic maka lebih banyak duit, sales, lists, manfaat & tangible/intangible profits yang kita boleh dapat utk masa depan web / blog itu sendirinya yang lebih menguntungkan. Comment this article | Add as favourites (83) | Quote this article on your site | Views: 1519 |
|
Read more...
|
|
|
Written by code7
|
|
Friday, 18 December 2009 |
|
Kini update terbaru bagi PREMIUM Rahsiaebiz semakin hebat dengan 3 buku bestseller dunia iaitu Blue Ocean Strategy, Trump 101 & The 7 Habits of Highly Effective People. Ketiga-tiga buku ini adalah patut dibaca oleh semua usahawan maupun para pemimpin dalam meningkatkan lagi kejayaan dalam hidup. Saya amat menggemari buku-buku motivasi & strategi kerana ia mampu memberi kelebihan kepada diri kita terutamanya dalam arena perniagaan maupun lain-lain aspek kehidupan. 
Kebanyakan teknik & strategi perniagaan yang berjaya mempunyai beberapa aspek khusus yang ada dalam buku di atas. Bukan sekadar cakap kosong, tetapi bacalah buku Trump 101 yang merupakan billionaire terkenal dunia. Manakala konsep Blue Ocean Strategy telah mahsyur di kalangan CEO & barisan kepimpinan organisasi termasuklah institusi kerajaan Malaysia. Saya tertarik konsep Blue Ocean Strategy ini kerana ia dipraktikkan oleh Apple & Google. Bagaimana mereka mencipta peluang & memusnahkan musuh persaingan seterusnya berjaya monopoli dalam perniagaan. Comments (1) | Add as favourites (77) | Quote this article on your site | Views: 1142 |
|
Last Updated ( Friday, 18 December 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 17 - 32 of 336 |