Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama cheap cigarettes
5 kesilapan terbesar di dalam ebiz PDF Print E-mail
Written by code7   
Friday, 20 April 2007

1. Tiada mentor !
Tiada siapa yang boleh menafikan kepentingan mentor... Sebelum Dr. Irfan Khairi berjaya jadi jutawan dia terlebih dahulu menuntut ilmu dgn Azizi Ali iaitu Jutawan Hartanah yang terkenal. Malah dalam buku popular Robert G. Allen berjudul Multiple Streams of Internet Income menyatakan :

"Successful people rely heavily on their mentors...."
"I have been fortunate to have been mentored by dozens of wonder-ful experts..."
"People ask me why I have been able to accomplish so much, and I tell them that it's all due to the quality of my mentors. Who is your mentor? If you're like most people, your mentors are your best friends...."

Nah.. kalo nak cepat berjaya, dapatkan seorang mentor yang telah berjaya di dalam bidangnya.. Nak jadi jutawan carilah mentor yang benar-benar bergelar jutawan.. kalo nak jadi usahawan internet yg hebat carilah netpreneur yang expert, begitu juga lain-lain aspek yang anda impikan.. lagi banyak mentor lagi banyaklah 'rahsia berguni-guni emas' yang bakal anda dapat... Nak cari mentor sejati mmg susah.. tetapi ia cukup berbaloi kerana pengalaman dan kejayaan bertahun-tahun mereka dapat di'save' dlm kepala kita dengan masa yang singkat sahaja..

 

2. Tak buat SWOT Analysis
Di dalam entry sebelum ini saya ada menyentuh sedikit mengenai SWOT Analysis iaitu mengenai Strenght, Weaknesses, Opportunities, Threat.. Apakah pentingnya menatang SWOT ini ? ia ibarat wat kajian tentang diri kita dalam mencari bisnes yang bebetul 'serasi' dari segi tahap keupayaan, kesesuaian dan kemampuan kita. SWOT merupakan tools, yang dapat menganalisis sejauh mana keadaan dan situasi seseorang mahupun entiti perniagaan dalam merangka strategi yang sesuai bagi mencapai objektif bisnes masing-masing. Ia penting apabila kita ingin memilih niche yang sesuai, ataupun jenis² bisnes yang sesuai dengan diri kita. Sebagai contoh SWOT analysis yang telah dilakukan oleh Ali dalam mencari jalan penyelesaian terbaik untuk bisnes web development yang ingin diceburinya...

Katakanlah Ali yang cukup minat dalam grafik dan web, berkebolehan dan berkeupayaan utk bina web dalam masa yg singkat (Strenght) pada harga yg berpatutan. Namun Ali mempunyai kelemahan kerana tidak pandai dalam bab marketing (Weaknesses) serta berharap pada org tgh untuk mencari client. Dan ini telah mengurangkan margin keuntungan Ali... but.. Ali bebaru ini telah join RahsiaEbiz.Com dan berpeluang utk mendapatkan tips² marketing dengan percuma (Opportunities) tambahan pula dapat ebook dan report percuma mengenai 100 Cara Promosi.. dengan peluang utk mempelajari taktik² promosi percuma itu Ali telah berjaya mengimplementasikannya serta berjaya mendapatkan client yang lebih banyak dan cepat tanpa menggunakan org tgh lagi.. Namun begitu semakin hari makin sengit persaingan memandangkan ada org lain yg menawarkan web pada harga yg lebih murah dari Ali (Threat).. Ia membuatkan Ali risau krn takut hilang client.. Oleh itu dengan teknik yang dipelajarinya berkaitan USP (unique selling prepositions) yg didapati di RahsiaEbiz.Com membolehkan ia menawan semula pasaran web dan mengembangkannya dgn lebih hebat... Makin hari makin baiklah bisnesnya setelah membuat SWOT Analysis dengan lebih detail, kerap dan keputusan yang strategik.


3. Web ebiz yang tidak efektif dan efisien
Ini adalah antara faktor utama yang boleh menyebabkan ebiz anda tidak menjadi... ia merupakan suatu kesilapan yang teruk apabila :
 
  • Guna Free Hosting
    Oleh kerana nak jimat kos maka banyak orang guna free hosting seperti geocities, tripod dan lain-lain yang masih terbatas dari segi keupayaan web space, domain name, bandwidth, database dan sebagainya. Jika nak buat ebiz better dapatkan premium web hosting yang mana anda boleh dapatkan dalam sekitar RM150 setahun dengan free domain name com/net/org beserta fungsi yang lebih efisien dan efektif. 

  • Tidak User Friendly dan SEO Friendly
    Banyak orang suka graphic yang hebat² sampai melembabkan loading web anda di Internet. Perlu diingatkan bahawa pengunjung adalah terlalu 'cerewet'... Better kita mudahkan mereka melayari web tanpa tersangkut dari segi loading yg lembab.. Lagi cepat loading lagi bagus dan lancar user melayari web anda. Selain itu biarlah web anda compatible dengan semua jenis browser, x perlu banyak javascript, flash atau lain-lain plugin yang menyusahkan user untuk mendownloadnya.. Better guna CSS untuk asingkan code javascript atau style font/table dengan raw html text content. Ini kerana search engine suka crawl text bukannya coding serabut javascript atau font style. Web yang efisien mempunyai navigasi yang tersusun, background yang cerah dan jelas, content yang kemas dan sistematik, tidak guna frames, search engines friendly link, ada FAQ page atau feedback form untuk memudahkan user menghubungi anda.

  • Tidak ada web statistic atau web metric
    Adalah sangat merugikan apabila ada web ebiz tetapi takda statistik atau sistem metrik yang mengukur prestasi web anda. Ia sebenarnya penting bagi mereka menganalisa web dari segi statistik pengunjung, data keyword, jumlah kekerapan lawatan dan banyak lagi maklumat yang membolehkan anda mengeksploitasikan setiap ceruk web anda. Saya sarankan anda cepat² dapatkan Google Analytics yang mana ianya percuma dan cukup komprehensif dalam menilai performance web anda setiap hari. Usah biarkan maklumat berharga hilang begitu sahaja.. 

  • Content tak diupdate
    Apabila web tak diupdate maka pengunjung akan menganggapnya 'useless'.. oleh itu lagi kerap anda update lagi banyak pengunjung akan kembali ke web anda dapatkan info terbaru.. malah search engines pun suka update web yg mempunyai data baru. Tingkatkan kadar update anda at least sehari sekali jika tak membebankan.. Saya selalu update web saya setiap hari dan ia makin lama makin banyak repeat visitor yang setia berkunjung di sini. 

  • Tiada sistem web yang khusus
    Sekarang ni dah banyak sistem web yang praktikal untuk ebiz... Antaranya ialah portal/CMS, shopping cart, blog, affiliate system, autoresponder, newsletter, tell a friend script, autodownline system dan sebagainya. Setiap sesuatu sistem itu ada kelebihannya, namun pastikan anda memilih yang betul dan praktikal. Contohnya kalo wat shopping cart biarlah ia berbaloi dengan bajet anda. Begitu juga sistem affiliate yang mana perlu diuruskan dengan baik dan sempurna, manakala CMS/portal perlu dipatch update system mereka supaya tidak dihack oleh orang luar. Pastikan anda buat backup database untuk kegunaan masa depan jika ada apa² yang tak diingini berlaku boleh restore semula tanpa rasa risau maklumat user, pembeli atau pengunjung hilang.


4. Tidak belajar marketing

Sesetengah orang tidak belajar marketing dengan serius sedangkan dengan marketing itulah bisnes itu boleh berjaya... Why ? ini adalah kerana hanya dengan marketing web anda akan mendapatkan traffic.. Traffic ini lah yang dapat menjana potensi/prospek pelanggan di website anda. Marketing ini tidak akan pernah habis, ia sebenarnya bermula daripada proses sebelum, semasa dan selepas web ebiz anda dilancarkan... seperti mana definisi marketing oleh Philip Kotler :

“Marketing is the business function that identifies unfulfilled needs and wants, defines and measures their magnitude and potential profitability, determines which target markets the organization can best serve, decides on appropriate products, services, and programs to serve these chosen markets, and calls upon everyone in the organization to think and serve the customer.”

Daripada kreativiti marketing itulah yang menyebabkan kita terlibat di dalam aktiviti advertising/pengiklanan, communication/hubungan komunikasi, promotion/promosi, branding/penjenaman, CRM, trends, psychology research dan banyak lagi. Actually bisnes yang bagus mempunyai model marketing yang strategic lebih kepada customer centric.. contoh terdekat adalah Youtube dan Google... apakah faktor mereka berjaya ? ia sebenarnya lebih menjurus kepada customer centric, semua orang suka google dan youtube sebab free, bermanfaat dan berfaedah.. bagi saya marketing online/offline ada kelebihannya.. tetapi orang yang paling bertuah adalah yang mampu mengeksploitasikan kedua-dua medium tersebut untuk mengembangkan bisnes sehingga ke tahap yang lebih tinggi... Oleh itu belajarlah marketing dengan lebih mendalam.. saya pasti kalo marketing bagus hatta pen rosak pun leh dijual...


5. Sindrom N.C.K
Ini satu bentuk penyakit yang sudah 'lupa' batasan yang ditentukan agama.. Sindrom NCK ini short form daripada Sindrom Nak Cepat Kaya... Oleh kerana nak cepat kaya maka ia membedal semua bende halal haram di dalam Internet termasuklah seperti masuk skim pelaburan internet yang terpesong daripada syariat. Perlu ingat bahawa Sindrom NCK ini boleh merosakkan ebiz anda, menyebabkan anda hilang maruah dan etika semata-mata nak kaya cepat.. Actually orang² yang hebat nak berjaya mengambil masa bertahun-tahun.. perancangan dibuat berperingkat dan mengikut fasa cabaran tertentu... ia bukannya boleh berjaya dalam sekelip mata... jika anda anggap ebiz ini boleh dtgkan duit secepat mungkin maka sebenarnya persepsi itu adalah salah dan perlu dikikis sama sekali.. Oleh itu pastikan niat anda diperbetulkan terlebih dahulu dalam menceburi ebiz ini.. Jangan kerana nak kaya semata-mata kerana apa yang ada di dunia ini hanyalah fana... Setkan goal yang lebih menyeluruh untuk dunia dan akhirat. Semoga kita menjadi orang-orang yang berjaya di sisiNya...


Add as favourites (70) | Quote this article on your site | Views: 2899

  Comment this article
RSS comments



Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Friday, 20 April 2007 )
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?

Ahli Terbaru

redfar
(2010-01-15 23:41:42)
ruzita
(2010-01-15 10:35:15)
evesiusty
(2010-01-15 09:01:27)
wronmergo
(2010-01-14 23:51:05)
Ady
(2010-01-14 01:55:35)
edwinslimg
(2010-01-13 23:39:12)
zarith85
(2010-01-13 20:14:08)
myzara
(2010-01-06 22:26:47)
liaain
(2010-01-06 16:11:12)
amanmakmur
(2010-01-06 15:42:20)
financialfreedom
(2010-01-05 18:50:40)
topaz
(2010-01-05 12:32:29)
nasmabiz
(2010-01-04 23:48:35)

Subscribe RSS

Total Users

3000 registered
0 today
0 this week
286 this month
Last: redfar

Who's Online

We have 6 guests online

Mohd Nuur Fahmy's Facebook profile

Newsletter Percuma !

Dapatkan info terbaru & downloads stuff percuma dengan menyertai newsletter kami

:
:

CD Grafik Terbaik !

Hot Stuffs !

Rahsia Produk Paling Menguntungkan

Undian

Apakah yang anda suka di RahsiaEbiz ?
 

RahsiaEbiz @ Flickr

Komen Terbaru

Cara cari duit di internet
Info yang menarik, bagi teman-teman yang tidak terbiasa deng...
More...
By Jaka

Sokong 100%
Betul tu.. masalahnyer rata-ratanya masyarakat Malaysia khus...
More...
By Fizzi

JPG, PNG, GIF, APNG
bagi saya png merupakan pilihan terakhir kerana beratnya. da...
More...
By TMUkmkd

Thanks for sharing. :)
More...
By Private jets

mr
huhu..kalo stress saya susah nak senyum... terus masuk bum!...
More...
By AvatarLover


Rahsia Produk Infodigital Yang Paling Menguntungkan di Internet Terbongkar !!
CD Grafik Paling Gempak Di Malaysia !!!
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design