Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Bagaimana nak mulakan ebiz ? PDF Print E-mail
Written by code7   
Sunday, 13 July 2008
Sudah berdozen-dozen saya dihujani persoalan yang sama daripada newbie. Sedangkan saya sudah jawab soalan ini di dalam artikel Dilemma Seorang Newbie ... Saya bagi contoh seorang protege saya iaitu saudara Habib yang pada mulanya tidak mengerti apa-apa mengenai ebiz telah berjaya mengeluarkan produknya sendiri yang meletop-letop di pasaran.
 
Dari awal pembangunan produk sehingga proses pengeluaran produk kemudiannya segmen pemasaran melalui website, email dan pelbagai teknik marketing dipelajari satu demi satu. Saya percaya protege saya ini mampu berjaya kerana beliau mempunyai disiplin yang tinggi dalam menguasai ebiz.

Apabila anda mahu mulakan ebiz maka kene belajar dari bawah. Macam proses pembangunan manusia yang terlebih dahulu merangkak barulah boleh berjalan kemudiannya berlari. Mana ada manusia lahir-lahir saja terus boleh berlari dan melompat. Oleh sebab itulah bagi newbie saya sarankan anda dapatkan dulu gambaran ebiz yang bagaimana anda mahukan.

Sptmana yang mentor saya ajar dulu.. Apa yang anda minat ? Apa yang anda obses ? Apa yang serasi dengan diri anda ?
 
Saya kata saya suka design. Sebab itu produk favourite saya sering berasaskan design photoshop . Kemudian saya kembangkan lagi daripada aspek penulisan. Saya suka menulis banyak perkara sebab itu wujudnya EbookJutawan dan pelbagai ebook percuma yang telah saya tulis untuk manfaat semua.

Bagaimana kalo anda tidak tahu buat website ? bagaimana pula nak keluarkan produk sendiri ?
Bab teknikal ini anda boleh pelajari di banyak website yang penting seperti webmastermalaysia.com , wangcyber.com maupun artikel-artikel rahsiaebiz .
 
Apa yang penting newbie perlu dapatkan banyak information. Kemudian baru buat action yang sesuai. Misalnya dah tahu apa yang anda minat, produk apa yang sesuai kemudian barulah bangunkan website. Paling mudah blog seperti di blogspot atau wordpress, kalo dah ada modal sket boleh beli domain/hosting sendiri. Saya ada jelaskan secara padat dan mudah di dalam EbookJutawan pasal pembangunan produk yang menguntungkan di Internet dan pembangunan website dalam masa singkat. 
 
Kenkadang orang tak sedar mereka tersilap beli domain/hosting yang terlalu mahal sedangkan boleh dapat harga yang berpatutan dan rendah. Begitu juga yang sudah bangunkan website sendiri tetapi tak tau marketing, sebaliknya saya sudah pakejkan semua ilmu-ilmu dan teknik tersebut dalam EbookJutawan yang cukup bernilai selama 7 tahun sepanjang saya menjadi webmaster dan marketer.
 
Teknik high-octane marketing juga menjadi amalan saya turut didedahkan dalam EbookJutawan , tak perlu modal yang besar pun still generate sales berterusan. Ini rahsia dari mentor saya sendiri, beliau pun membuat teknik yang sama dan cumanya kita perlu kreatif menggabungkan lebih banyak cara marketing berbanding satu jenis taktik sahaja.
 
Apapun untuk newbie, teruskan membaca di RahsiaEbiz.Com kerana saya tetap memberi tips dari masa ke semasa percuma di sini. Insyaallah bulan Ogos saya akan membuat talk selama 2 jam di Universiti Malaya jika tiada aral melintang mahu mendedahkan peluang Ebiz di kalangan mahasiswa sebagai alternatif kerjaya yang menguntungkan. Moga Allah permudahkan urusan kita semua.. :) 

Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 559

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Sunday, 13 July 2008 )
 
< Prev   Next >
CD GRAFIX LIMITED EDITION
klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design