Artikel
Ebiz Tips
Konsisten dan banyak membaca | Konsisten dan banyak membaca |
|
|
|
| Written by code7 | ||||
| Friday, 07 September 2007 | ||||
|
Dunia Internet menyajikan 1001 peluang untuk menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Namun banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk mencapai kejayaan dalam arena keusahawanan Internet ini. Antaranya ialah : 1. Matlamat yang 'SMART' Ia sebenarnya satu model S-M-A-R-T yang mana ia menjelaskan dengan terperinci apa matlamat kita, bagaimana ia dilakukan, bila ia dicapai, siapa yang terlibat dan apa jua soalan² yang melengkapkan jawapan. Apabila kita jelas mengetahui matlamat kita sudah tentu kita akan buat kerja ke arahnya untuk capai matlamat lebih cepat. Contohnya jadi jutawan dalam masa 5 tahun, ini bermakna anda dari sekarang perlu generate income sekurang-kurangnya RM16,666.7 sebulan atau hampir RM556.00 sehari ! So dari segi perkiraan matematik yang spesifik membawa kita berusaha bagaimana untuk mencapainya lebih sistematik. 2. Belajar dari orang yang telah berjaya Belajar dari mentor .. kita akan lebih cepat dari segi masa dan usaha jika dapat belajar dari mentor, ini kerana usaha dia 5 tahun boleh dicepatkan ke dalam masa 5 bulan sahaja. Misalnya belajar dari asas web design/development, autoresponder, cover and ebook creation, financial management, list building, viral marketing/out of the box marketing, buzz/hype marketing, graphic design & animation dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai dalam keusahawanan internet. 3. Bina Super Mega USP sendiri... Setiap usahawan internet perlu ada unique selling preposition sendiri.. ada keunikan dan keistimewaan sendiri... atau dengan kata lain.. Jika merujuk pada Dato' Fazdilah Kamsah org kenal dia sebagai motivator termahsyur di Malaysia.. Jika merujuk pada 'anda' apa yang org leh kenal ?? Jika anda ada USP anda adalah usahawan yang berjaya ! 4. Bina networking lebih luas... Saya ada sentuh bab ini dalam artikel rahsiaebiz, networking adalah maha penting... Saya lihat kesannya kepada entiti bisnes baru yang berumur sebulan berjaya generate income RM70 ribu seminggu dengan hanya guna networking. Contohnya ialah salah satu kenalan di klinik kecantikan Ageless di Plaza Damas, Sri Hartamas yang mana marketing dia di kalangan orang-orang kaya, di kalangan datin, puan sri, toh puan, malah kerabat diraja. Dalam masa sehari boleh cecah RM10ribu dengan hanya 2 pelanggan. Setiap satunya caj RM5 ribu sekali treatment body and face.. Bayangkan baru bukak saja dah ada yang menunggu untuk dapatkan servis. Mmg networking owner klinik ni mmg powerful, tambah lagi di kalangan org2 kaya.. Sbb itu dengan konsep networking ini tak kiralah golongan mana-mana pun pastinya ada kelebihan. Yang pentingnya buat research pasaran anda.. mesti akan menemui sesuatu yang bernilai.. 5. Konsisten, jangan malas dan banyak membaca Di antara satu elemen penting ialah attitude. Apabila kita jadi usahawan, automatik ia kene usaha lebih, tidak boleh malas, tidak boleh cepat puas hati, tidak takut gagal, tidak puas berjaya dan banyak membaca. Malah dalam sirah Nabi, ayat pertama sekali diturunkan ialah 'iqra'.. iaitu bacalah... Sbb itu dalam Islam kita kene banyak membaca bagi mendapat ilmu.. Kerana dengan ilmu ini manusia akan menjadi lebih bijak, smart dan mencapai apa yang diingini. Saya sehingga hari ini, sentiasa banyak membaca mengenai usahawan jutawan internet dunia seperti john reese, mike filsaime, shoemoney, patric chan, ewen chia dan sebagainya untuk 'copy' rahsia-rahsia mereka ke dalam praktikal bisnes. Kebanyakan di antara mereka ini mempunyai attitude 'rajin' dan 'tidak malas' serta 'banyak membaca'... got that? so kenelah konsisten.. kalo nak berjaya kene praktikkan apa yang org yang telah berjaya praktikkan.. :) Add as favourites (47) | Quote this article on your site | Views: 1295
|
||||
| Last Updated ( Sunday, 01 June 2008 ) | ||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Laman Utama |
| Profil RahsiaEbiz |
| Info Berita |
| Artikel |
| Galeri Gambar |
| Audio/Video |
| Carian |
| Downloads |
| Jemput Kawan |
| Buku Tamu |
| Most Favourites |
| Newsletter |
| Hantar eCard |
| Hubungi Kami |
| Member Area |
![]() |
kayobona (2009-07-02 18:17:08) |
![]() |
nadz (2009-07-02 16:32:49) |
![]() |
qazwsx (2009-07-01 22:56:31) |
![]() |
kamilsuccess1 (2009-07-01 15:33:03) |
![]() |
creator (2009-07-01 13:10:39) |
![]() |
Hairi (2009-06-30 17:22:38) |
![]() |
jj4u (2009-06-30 10:09:33) |
![]() |
afiza (2009-06-30 01:04:49) |
![]() |
lat (2009-06-29 22:15:13) |
![]() |
erny87 (2009-06-29 16:36:35) |
![]() |
gemmyayendra (2009-06-29 07:46:37) |
![]() |
nedz (2009-06-27 14:05:04) |
![]() |
Ah Juw (2009-06-27 03:43:19) |
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |