Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Ebiz Tips arrow Teknik Menarik Perhatian Pelanggan
Teknik Menarik Perhatian Pelanggan PDF Print E-mail
Written by code7   
Friday, 27 April 2007
Dalam memana bisnes online mahupun offline kita mesti ada teknik untuk menarik perhatian pelanggan. Tak kiralah anda meng'ayat' bagaimana sekalipun mesti ada rahsia yang tersendiri.. Why ? Sbbnya pelanggan ini 'complicated' mereka mempunyai 1001 kerenah yang berbeza.. yang pentingnya apabila anda berjaya memetik 'suis' yang betul seterusnya berjaya 'control' seluruh pemikiran dan hati pelanggan menurut acuan kita.. Bunyinya agak ganaz tapi itulah di sebalik rahsia Marketing Straight to The Heart.. Mcm org politik la jugak, cuma bisnesman ni mempunyai matlamat yang berbeza dalam konteks perniagaan.. So how we can persuade our customer ? How to win their heart and minds? Di antara berikut saya dedahkan rahsianya secara ringkas :
 
Rahsia 1
Mulut kene manis dan jujur.. maknanya kene cakap elok² dan jujur dengan bisnes kita. Jangan menipu pelanggan... dan jangan under estimate atau merendah-rendahkan pelanggan, mereka ini sukar dijangka dan kenelah lebih berhati-hati dengan setiap perkataan terutamanya soal politik atau lain-lain yang sensitif.

Rahsia 2
Ketengahkan manfaat dan benefits produk/service anda. Cerita tentang manfaat dan faedah produk/service anda dgn penuh semangat ! .. Penerangan haruslah jelas beserta bukti dan fakta. Jangan ketengahkan point yang kita sendiri tak faham, kene ada keyakinan penuh semasa buat presentation. Ini kerana ia memberi pengaruh terhadap bisnes, yang pentingnya semangat dan manfaat yang totally menguntungkan pelanggan.

Rahsia 3
Baca 'minda' pelanggan. Inilah rahsia yang paling sukar saya nak dedahkan. Namun hasilnya sedikit sebanyak memberi pulangan yang besar. Katakanlah  pelanggan yang sudah bersara kerja atau pencen mempunyai matlamat yg berbeza daripada pelanggan yg baru kerja dan menapak dalam karier.. Kedua pelanggan ini berbeza tujuan dan mesti ada sumthing yang boleh dioffer untuk kedua-duanya.. So kena 'membaca' mereka dari segi pemikiran dan perasaan.. Sekiranya anda berjaya memetik 'suis' mereka akan mendengar sepenuhnya cakap anda...

Rahsia 4
Sediakan support 24 jam... Maknanya dari segi ini website di internet mempunyai kelebihan. Sbb itu memana web pelanggan saya diletakkan fungsi live support script yang membolehkan mereka berkomunikasi terus 24 jam tanpa henti. Kalo tak larat pun boleh upah org jaga.. paling kurang pun leh letakkan no phone atau email untuk contact. Sbbnya client/prospect ini sentiasa mahu kenal dan bertanya ttg produk/service anda scpt mungkin bagi mengelakkan mereka 'beralih' ke tempat lain. Oleh itu support yg berterusan penting bagi 'keep in touch' dgn client/prospect lebih erat seterusnya menyakinkan mereka ttg produk/service/bisnes anda.

Rahsia 5
Rahsia kelima saya ialah beri Free Stuffs.. Merasuah pelanggan anda untuk keep in touch dgn bisnes yang diketengahkan. Contohnya beri brochure, ebooks, trial atau sample version, bonus voucher, free addons service dan pelbagai bende yang percuma. Kenkadang Free Stuffs ni amat berkesan dalam bentuk USP (unique selling prepositions) bagi bersaing dgn competitor anda. Dan saya telah buktikan rasuah Free Stuffs ini berkesan dalam mendapatkan tender projek bebaru ini bagi company saya. Ia bukan rasuah duit tetapi bentuk yg lebih legal iaitu free addons service.. Mende² free ni mmg orang suka dan sedikit sebanyak mempengaruhi client/prospect memilih anda sebagai pilihan terbaik mereka.

Rahsia 6
Nak tau lagi? ..insyaallah tunggu kemunculan article terbaru yg saya akan update dari masa ke semasa.. yang pentingnya keep in touch bersama RahsiaEbiz... gotcha... :)
 
Mengenai penulis artikel ini
Ditulis oleh Mohd Nuur Fahmy Massailan (Code7) merupakan seorang warga Bumiputera yang berpengalaman lebih 6 tahun sebagai webmaster dan juga pengasas Softhands Creative Studio yang aktif dalam web development serta online business di Malaysia. 

Add as favourites (85) | Quote this article on your site | Views: 4016

  Comment this article
RSS comments



Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Friday, 27 April 2007 )
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?


Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design