Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Ebiz Tips arrow The Pursuit of Happyness
The Pursuit of Happyness PDF Print E-mail
Written by code7   
Friday, 16 November 2007
Saya suka tgk filem based on the real story seperti yang dilakonkan oleh Will Smith dalam filem The Pursuit of Happyness.. Ejaan happyness salah pun sbb ada maksudnya yang tersendiri. Masa tu anak dia terpaksa masuk pusat jagaan kanak-kanak yang murah dijaga oleh orang cina di amerika, dgn culture yang berlainan dan bahasa yang berbeza. Ini terjadi kerana si Chris Gardner (watak Will Smith) tidak cukup duit nak hantar anaknya ke tempat lain yang lebih berkualiti dan mahal harganya. Ejaan happyness salah di dinding tempat jagaan kanak-kanak murah tersebut dan ia melekat sbg title filem yang cukup berinspirasi ini.
 
Dalam mencapai kejayaan tiada apa yang lebih sukar melainkan pengorbanan, kesabaran dan kecekalan. Semua elemen ini kalo kita tidak ambil peduli sure mustahil utk mencapai kejayaan. Saya percaya semua jutawan dari orang biasa sehingga jadi orang kaya dan berkedudukan mempunyai kualiti sebegini. Contohnya mcm Lim Goh Tong yang datang dari china mencuba nasib di Malaya, dari seorang yang tiada apa-apa sehingga jadi empayar Genting yang terkemuka di Malaysia. Begitu juga dengan Tan Sri Syed Mokhtar alBukhary, dari seorang anak watan negeri Kedah yang setakat SPM sahaja mampu memiliki berbillion aset dan saham di dalam dan luar negara. Banyak lagi orang-orang kaya yang boleh diambil iktibar. Mereka mempunyai kualiti khusus dalam mencapai kejayaan.

Dalam bisnes, apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman. Pernah satu jargon dari mentor saya bagitau.. Do not take everything for granted.. Tak semua bende kat dunia in dijamin selamanya.. hatta nyawa pun boleh pergi bila-bila masa. Oleh itu dalam agama Islam kita tekankan matlamat al-Falah iaitu matlamat kejayaan di dunia dan juga akhirat. Ada orang sanggup buat apa saja utk dunia hingga jual diri, integriti dan maruah sedangkan di akhirat nanti ia akan diberi balasan buruk. Ini satu penyudah yang teruk sekali sbb kita tahu akhirat itu lebih kekal abadi dari dunia. Rugilah jika kita tidak mengejar bekalan utk akhirat semasa kehidupan di dunia.

Saya pernah lihat dari raut wajah tok guru saya di ma'ahad tahfiz abi tok hashim Perlis yang hidupnya sederhana tapi tenang, anak muridnya di kalangan golongan huffaz.. iaitu yang berjaya menghafaz al-quran bertebaran di seluruh Malaysia. Saya dapat membaca bahawa beliau mempunyai ketenangan yang cukup damai jika kita melihatnya, tak perlu harta yang banyak tetapi ia memberi manfaat ilmu yang jauh lebih baik dari harta..

Orang-orang seperti ini amat jarang sekali ditemui. Kecuali di kalangan ustaz/ustazah yang thiqoh dan masih berpegang pada jalan yang lurus. Selain itu saya temui juga cahaya ketenangan ini di kalangan peniaga yang jujur, dipanggil sebagai at-taajiru al-amin mewarisi sifat dan akhlak sebagaimana yang dianjurkan Nabi. Selain itu di kalangan lecturer saya di UM dan merata IPT yang pernah saya berkesempatan mendalami ilmu dari mereka.

Dalam filem the pursuit of happyness, ada 2 soalan yang Chris Gardner tanya pada orang kaya yang berhenti di depannya. Dia nak tau apa yang orang tu kerja sekarang dan bagaimana dia lakukannya.. Ini soalan yang biasa kita tanya pada mentor.. Yups.. saya pun tanya mentor saya bagaimana dia berjaya dan mcm mana dia sanggup lakukannya.

2 soalan ini merangkumi ilmu dan pengalaman insan yang kita anggap berjaya. Dan saya dalami aspek ini dalam perspektif yang lebih besar iaitu kedua-dua alam dunia dan akhirat. Bukan mudah utk berjaya keduanya, saya akui kita sekarang dalam dunia materialistik dan sistem kapitalisme akan mudah menghanyutkan diri dalam cubaan dan dugaan duniawi.

Namun inilah peperangan akhir zaman, di mana kita masih dibuli oleh non-muslim dalam apa jua arena termasuk Ebiz. Namun jika kita mahu menang apa yang pasti adalah penguasaan ilmu dan perkongsian pengalaman di antara satu sama lain. Tak banyak nak buat seperti ini, maybe tak semua nak jadi 'guru' mereka hanyalah 'usahawan'..

Saya masih mencari-cari partner business yang sesuai, yang mempunyai visi hampir sama seperti saya namun rasanya amat sukar sekali. Nak dapat at-taajiru al-amin ini mcm mencari permata di celahan kaca.. But mungkin dalam setahun dua lagi akan muncul netpreneur dari kalangan ustaz/ustazah yang lebih memahami aspirasi kejayaan sebenar. Saya rasa kita perlu seimbangkan antara produk-produk keduniaan dengan elemen-elemen spiritual ukhrawi supaya usahawan yang dilahirkan mampu berfikir utk ummah. Sekiranya ini berlaku dan mampu dicapai.. saya rasa ia sudah mencapai sebahagian besar impian kejayaan saya.. the pursuit the happyness ini bukan saja utk diri saya sebaliknya utk semua....

Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 916

  Comments (3)
RSS comments
1. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 16-11-2007 16:31 , IP: 60.48.61.100
slmt ptg code7, 
saya first time tinggal komen kat sini... 
selalu datang tapi tak tinggal komen... 
ni pun sebab tertarik dengan tajuk The Pursuit of Happyness.... 
saya pun suka juga movie ni... 
6 kali saya tengok movie ni... 
memang menyentuh perasaan bila mereka tidur di dalam tandas... 
las las dia berjaya jadi jutawan... 
banyak rintangan yang mereka hadapi... 
kalau nak jadi jutawan memang bukan senang... 
 
han
2. Written by code7 website, on 16-11-2007 17:09 , IP: 60.50.66.75
:) a'a betul tu aliabu.. nak jadi jutawan bukannya senang.. kene sabar hadapi rintangan dan sanggup berkorban..  
 
mak ai 6 kali awk tgk movie ni.. wa dasat tol..
3. Written by code7, on 17-11-2007 15:53 , IP: 60.49.33.241
stickynote : saya baru saja membaca beberapa fakta 'sebenar' dalam wikipedia berkenaan cerita ini. Mungkin dlm filem ada tokok tambah.. so kenalah dapatkan biografi Chris Gardner terlebih dahulu darinya sendiri.. 
 
neway, yang bulat takkan bergolek yang pipih takkan datang melayang.. 
 
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pursuit_of_Happyness

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Friday, 16 November 2007 )
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?
Belum jadi ahli? Daftar Sini

Ahli Terbaru

har
(2008-11-20 16:19:47)
syah2320
(2008-11-20 13:06:18)
rohaizal
(2008-11-20 12:30:58)
addein
(2008-11-20 11:21:59)
Oneazry86
(2008-11-19 14:55:47)
man_kind18
(2008-11-19 09:10:38)
rusli
(2008-11-18 18:44:41)
chiquitita
(2008-11-18 15:08:20)
CYBERMUSLIM
(2008-11-18 08:12:57)
areone
(2008-11-17 12:10:21)
neuroquila
(2008-11-16 21:50:50)
akls
(2008-11-16 11:37:36)
aliffqalby
(2008-11-16 08:48:42)

Subscribe RSS

My Twitter

    Web Stats

     
    Top 3 Browsers
     
    • 55,09%MS IE
    • 30,63%Firefox
    • 5,80%unknown
     
    Top 3 Operating systems
     
    • 91,47%Windows
    • 5,87%unknown
    • 1,83%Linux
     
    Top 3 Robots
     
    • 65,46%Yahoo!
    • 4,65%Googlebot
    • 5,01%MSNBot
     
    Top 3 Countries
     
    • 91,85%United States
    • 1,97%China (People's Republic of China)
    • 2,45%Great Britain
     
    Top 3 Languages
     
    • 83,13%English
    • 1,68%Chinese
    • 3,30%Malay
    CD GRAFIX LIMITED EDITION
    klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
    Top

    Download

    Sep.16
    Downloads
    File20 Cara Jimat Duit
    Mar.25
    Downloads
    FileCorporate web templates
    Mar.25
    Downloads
    File100 Do's and Don'ts in Web Design