Artikel
Marketing Tips
Cerita pasal marketing agency... | Cerita pasal marketing agency... |
|
|
|
| Written by code7 | ||||
| Thursday, 15 May 2008 | ||||
|
Bebaru ni saya sempat join meeting bersama KR Event Sdn Bhd dalam strateginya kepada client untuk mem'branded'kan sesebuah organisasi kepada pasaran malaysia khususnya melalui media cetak dan elektronik. Namun apa yang menariknya ialah strategi mereka untuk meningkatkan 'awareness' semua golongan sasaran terhadap brand yang diketengahkan dgn cara 'mainstream media' melalui TVC (tv commercial ads) dan sponsorship programme. Saya lihat bajetnya mmg mencecah jutaan ringgit. Kewl.. hehee.. then apa yg strategi mereka lakukan itu sptmana yang saya belajar dgn ceo Telagabiru Tn Hj Waharp iaitu mengenai 'create awareness' ataupun dalam bahasa layman mencetuskan perhatian orang ramai terhadap sesuatu perkara. Saya rasa strategi mainstream media ini berjaya diimplementasikan jika sesebuah organisasi besar dan mmg ada class misalnya institusi perbankan mengentengahkan produk dan instrumen mereka kepada semua golongan di Malaysia. ya.. semestinya bajet pun tahap gaban la kalo nak buat.. But saya mmg bebetul terbuka mata sket bila mendengar comparison di antara TVC (tv commercial ads) dgn sponsorship programme melalui menaja memana program2 di tv utk create awareness. hanya dalam masa 10 saat pun boleh dapat exposure yang begitu menarik ! Maybe saya patut fikirkan kaedah ini jika ada memana pihak yang mahu buat bisnes besar dan mahukan pendedahan menyeluruh bersama media TV ini. Jika mahu meniru gaya Telagabiru, saya rasa pendekatan paling hebat adalah melalui Radio. Kosnya lebih murah dari TV dan pendedahannya juga agak memberangsangkan. Then ini untuk memana company yang ada produk lah, saya lihat gaya ini semakin menjadi dan perangkaan dari AC Nielsen bahawa peratusan pengiklanan di Malaysia akan meningkat untuk tahun 2008. Ini menunjukkan orang Malaysia akan melihat bermacam jenis ads termasuklah jenis medium internet. Mungkin agaknya saya terlalu obses dengan agensi² marketing di Malaysia ni sebab gaya mereka mmg unik. Bab nak cerita pasal USP tu mmg ada tapi mungkin ia akan menjadi panjang pula. Saya lihat dari sudut yang berbeza. Mengkaji antara yang terbaik untuk sesuatu organisasi mengimplementasikan saluran pemasaran yang sesuai. Bagi pemasaran internet atau e-marketing, saya rasa buat masa ini masih berkesan adalah e-mail marketing. Ramai orang sudah berjaya membina list email yang mempunyai nilai tinggi. Bayangkan 10ribu email boleh mendatangkan untung jualan sebanyak RM5ribu ringgit hanya dengan sekali send email sahaja. kalo banyak kali send email dgn produk berbeza sudah tentu ada rileks sakan di merata dunia... Ia satu conversion rate yang bagus jika anda pandai menggunakan mailing list anda dengan betul. Masih banyak yg perlu diteroka, saya rasa dunia Internet akan menjadi lebih besar dari sekarang. Dan pelbagai ilmu-ilmu marketing secara offline/online menjadi kombinasi yang cukup penting untuk sesebuah entiti bisnes berjaya. So, terima kasih buat KR Event kerana membuka mata saya mengenai cara-cara marketing di mainstream media. Ia melihat dari sudut yang istimewa yang mana cukup baik bagi bisnes saya di masa hadapan ! Add as favourites (61) | Quote this article on your site | Views: 741
Only registered users can write comments. |
||||
| Last Updated ( Thursday, 15 May 2008 ) | ||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |