Artikel
Review
10 Cara Praktikal Jimat Duit Dengan Mudah cheap cigarettes
| 10 Cara Praktikal Jimat Duit Dengan Mudah |
|
|
|
| Written by code7 | |||||||||
| Monday, 01 February 2010 | |||||||||
|
1. Amalkan taktik minta diskaun atau runding harga (negotiate) apabila beli barang fizikal di mana-mana tempat yang sesuai. Tak salah mencuba, jika dapat diskaun dan harga lebih rendah dari yang asal maka ia merupakan satu bonus keuntungan pada kita. Saya selalu minta diskaun bila beli barang di Rantau Panjang atau di sebelah Danok, Thailand. Bawa balik barang dengan harga rendah dan kemudian boleh jualnya kembali dengan harga yang lebih baik. Apapun teknik minta diskaun atau runding harga ini boleh diamalkan untuk kebaikan kita semua. 2. Menggunakan online coupon dalam membeli secara online di Internet. Bagi mereka yang suka online shopping ni boleh guna pelbagai mcm jenis kupon di Retailmenot.Com , DailyDeals.Com , MyCoupons.Com dan sebagainya. Saya selalu juga guna kupon diskaun online untuk beli domain, hosting & apa jua berkaitan produk digital. Beli dengan harga rendah dan jimat duit untuk disimpan bagi kegunaan lain-lain aspek. 3. Beli barang sewaktu promosi awal atau bersifat seasonal. Ini penting sewaktu kita nak beli produk di musim promosi perayaan. Misalnya sewaktu Mega Sale Malaysia mempunyai banyak barang diberi potongan harga sehingga 70% di tempat terpilih seperti di Sogo, Jusco, Parkson, Carrefour dan sebagainya. Saya pernah beli sofa L shape, meja workstation beserta kabinet 4 laci dengan potongan harga 30% sewaktu awal promosi. Ia cukup bermakna kerana model tersebut amat cantik dan tahan lama. Saya rebut dalam masa yang strategik dengan harga rendah dan selepas itu tiada lagi tawaran seumpamanya lagi. Beruntung kerana ia takkan sama lagi dengan harga yang tinggi selepas itu... :) 4. Jimat bil elektrik dengan menggunakan monitor lcd crystal/plasma (nipis) berbanding monitor crt (shotgun) yang menggunakan banyak kuasa. Sila 'unplug' atau tanggalkan semua plug barangan elektrik (tv, pc, laptop, charger etc) apabila keluar rumah atau semasa barangan elektrik tidak digunakan dan ini boleh menjimatkan 2% atau sehingga RM100.00 setahun. 5. Jimat penggunaan petrol kereta anda dengan memastikan tayar kereta sentiasa mempunyai tekanan angin yang cukup setiap minggu dan ini mampu menjimatkan gas mileage sehingga 2% atau boleh juga kurangkan penggunaan aircond jika perlu. Saya selalu tutup aircond kereta lebih awal apabila hampir sampai ke destinasi dan ini juga mampu mempengaruhi penggunaan petrol yang lebih menjimatkan. Boleh juga mencuba pengangkutan awam (bas + lrt + monorail) sekali sekala untuk elakkan jalan yang sesak, bayaran parking yang mahal serta lain-lain. Bagi yang ada motosikal atau basikal juga digalakkan guna seoptimum mungkin jika ianya praktikal dari segi masa, kos & tenaga. 6. Jimat duit dengan menggunakan barangan second hand atau lelong. Saya rasa ini cukup praktikal memandangkan sudah banyak web berkaitan lelong atau jual barangan second hand dengan harga yang amat murah. Boleh cuba di Mudah.My atau di Lelong.Com.My yang banyak menyediakan list senarai barangan hangat seperti hp, jam, game ps2/3 , wii, xbox, buku serta lain-lain yang amat menarik. Kawan saya telah berjaya membeli handphone Nokia model baru dengan harga yang rendah dan ini jauh lebih menjimatkan daripada membelinya di kedai biasa. Walau bagaimanapun berhati-hati semasa membuat pembelian online pastikan reputasi penjual diketahui sebagai langkah berjaga-jaga. 7. Berhenti dari 'menjahanamkan' badan kita dengan makan di luar maupun di restoran fastfood McD, Kfc, Pizza Hut dan sebagainya.. Belajarlah masak sendiri dan makan di rumah dengan bahan makanan yang lebih organik dan asli. Ini satu pendekatan yang positif dalam kehidupan untuk jangka masa panjang. Saya rasa makanan di luar sana penuh dengan bahan kimia, perasa, perisa, warna yang boleh menyebabkan kencing manis, kerosakan buah pinggang malah lebih teruk kanser atau barah. Cuba tengok makanan di mana-mana restoran fastfood sudah tentu punya kandungan gula yang tinggi, garam yang berlebihan serta perasa ajinomoto maupun bahan-bahan kimia yang boleh menjahanamkan kesihatan badan kita. Sebab itulah cuba berhenti atau minimumkan pergantungan pada makanan fastfood serta banyak makan makanan sendiri di rumah. Bawa bekal sendiri jika boleh, mula hargai kesihatan serta kawal kalori yang berlebihan, bila kita di'asuh' kurang makan berlebihan saya pasti badan lebih sihat dan cergas. Dan ini satu bonus untuk kita mempunyai badan yang cergas serta otak yang berfungsi pada tahap optimum. Sebab itu Rasulullah saw dalam hadisnya pernah berkata, Makanlah apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Cuba perhatikan jika kita mula hargai diri sendiri, tidak membazir dan makan makanan yang dibuat sendiri yang mana pasti mempunyai kesan penjimatan besar-besaran untuk jangka masa panjang. 9. Berhenti merokok, isap sishar, 10. Guna kad kredit dengan bijaksana dan kumpul point untuk redeem barangan yang berharga. Walaupun kad kredit tidak bagus kerana ia antara penyebab 'overspending' dalam pengurusan kewangan, namun kita perlu berdisiplin untuk memastikannya ia berjaya menjadi alat kewangan yang baik. Saya tidak galakkan korang mempunyai banyak kad kredit sangat sbb ia ada yearly fee sebanyak RM50 utk kad utama dan RM25 utk kad supplementary. Oleh itu saya cadangkan korang ada 1 atau 2 jenis kad kredit sahaja sama ada Visa atau Mastercard. Jika ada lebih dari dua maka boleh cancelkan kad tersebut dan focus kepada kad yang lebih baik. Add as favourites (41) | Quote this article on your site | Views: 839
|
|||||||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Laman Utama |
| Profil RahsiaEbiz |
| Info Berita |
| Artikel |
| Galeri Gambar |
| Audio/Video |
| Carian |
| Downloads |
| Jemput Kawan |
| Buku Tamu |
| Most Favourites |
| Hantar eCard |
| Hubungi Kami |
| Member Area |
![]() |
redfar (2010-01-15 23:41:42) |
![]() |
ruzita (2010-01-15 10:35:15) |
![]() |
evesiusty (2010-01-15 09:01:27) |
![]() |
wronmergo (2010-01-14 23:51:05) |
![]() |
Ady (2010-01-14 01:55:35) |
![]() |
edwinslimg (2010-01-13 23:39:12) |
![]() |
zarith85 (2010-01-13 20:14:08) |
![]() |
myzara (2010-01-06 22:26:47) |
![]() |
liaain (2010-01-06 16:11:12) |
![]() |
amanmakmur (2010-01-06 15:42:20) |
![]() |
financialfreedom (2010-01-05 18:50:40) |
![]() |
topaz (2010-01-05 12:32:29) |
![]() |
nasmabiz (2010-01-04 23:48:35) |
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |