Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama
Harga minyak naik mendadak ! PDF Print E-mail
Written by code7   
Wednesday, 04 June 2008

Satu Malaya kecoh pasal harga minyak naik lebih 40%iaitu sebanyak 78sen dan ini merupakan satu yang tindakan tidak popular serta terburu-buru pengumuman kenaikan minyak mengakibatkan banyak stesen minyak mengambil kesempatan untuk tidak menjual minyak ketika detik terakhir sebelum menjelang 5hb Jun 2008. Yang menguntungkan sekarang adalah pengusaha minyak yang mendapat keuntungan lebih daripada 40% dari harga asal. Manakala rakyat pula akan terdesak di tengah bulan, bagi saya secara praktikal sepatutnya pengumuman dibuat selepas pekerja sektor government dapat gaji bulan 6 ini supaya dapat merancang bajet yang lebih baik.

Kesan kepada ekonomi Malaysia selepas kecelaruan dalam arena politik seperti mana yang saya jelaskan lama dulu kini menjadi semakin serius apabila ditambah dengan harga baru minyak petrol dan diesel. Pasaran saham sudah lama merudum, dan inflasi akan naik mendadak nanti. Saya rasa teori domino akan berulang lagi, apabila harga minyak naik maka harga barang juga akan naik termasuk roti canai !

 

Di sini saya melontarkan idea-idea saya untuk meminimumkan kos lari bajet bagi mereka yang sudah merancang perbelanjaan bagi bulan ini. Saya kira kenaikan 40% itu besar di awal bulan ini sure ada effect kepada bisnes termasuklah ebiz !

1. Semak perbelanjaan anda semula
Sekarang ni kene kira semula aliran tunai (cash flow) anda dari segi balance simpanan dan perbelanjaan bakal mendatang. Jika anda ada savings banyak maka ia sudah meminimumkan risiko defisit. Saya kira bagi sektor kerajaan terutamanya kena lihat kembali perbelanjaan anda supaya dikawal sebaik mungkin sebelum dapat gaji nanti. Manakala bagi sektor swasta saya rasa yang berjaya itu tidak akan menjadi masalah, cuma yang kurang berjaya itu kena semak dan kira kembali adakah cukup untuk survive.

2. Kurangkan makan di luar
Yang ni tips mudah, anda kene berhenti makan di KFC, McD, Pizza Hut dan restoran-restoran yang tidak ekonomik. Better makan di rumah, bawa bekal, makanan fresh dan dimonitor tahap kebersihannya. Bagi mereka yang biasa makan luar tu kenalah kurangkan, banyak makan masak sendiri untuk jimat kos.. Saya sekarang jarang lunch tengah hari kerana menjaga berat badan. Cuma petang makan berat sikit di rumah saja.. Terpulang pada masing-masing merancang perbelanjaan dan diet.

3. Kurangkan perkara tahsiniyat
Perkara tahsiniyat ni macam perkara berlebih-lebihan.. Misalnya nak beli handpone untuk call biasa tetapi beli handphone pelbagai fungsi yang mahal sampai tak reti guna. So perkara begini dianggap membazir, begitu juga tgk wayang, pergi konsert, main bowling, beli baju branded tapi jarang pakai, bergayut di handphone berjam-jam sampai habis topup atau beli macam-macam sehingga banyak tak guna ia juga spttnya perlu dihindarkan. Sebaliknya perlu dijaga perkara dharuriyat misalnya bekalan makan minum keluarga yang cukup di rumah.

4. Berjimat cermat dan berhemah
Mende ni cukup general.... Kalo bawa kereta tu kalo nak jimat minyak jangan asyik press minyak manjang nak merempit cilok sana sini... Kenalah jimat minyak dan berhemah di jalan raya. Begitu juga dengan penggunaan letrik, air dan apa jua urusan dalam hidup supaya dapat terkawal dan memperolehi keberkatan. Banyakkan menyimpan wang (savings) terutamanya 10% daripada income bulanan anda. Dengan sikap sebegini berjimat cermat dalam perbelanjaan sudah pasti akan memberi kesan positif dalam perancangan kewangan anda.

5. Memulakan perniagaan sendiri untuk mendapatkan extra income
Nabi kita pernah bersabda.. 9/10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan... Sepatutnya ummat Islam mempraktikkan apa yang dirintis Nabi, berniaga adalah satu sunnah dan hikmahnya cukup besar.. Jika anda makan gaji yang mana 1/10 itu punca rezeki anda, maka kita patut mencari bahagian besar lagi iaitu 9/10 untuk membolehkan dapat extra income yang jauh lebih baik !

Saya rasa nak cari duit poket mudah saja.. Cumanya kene mendalami model perniagaan yang sesuai dengan diri anda. Saya sudah huraikan dalam salah satu EbookJutawan mengenai SWOT Analysis. Ia merupakan kaedah saintifik untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam persekitaran model bisnes anda. Kaedah sudah terbukti keberkesanannya krn turut digunakan oleh syarikat gergasi dunia seperti Apple Inc, Dell, Microsoft dan banyak lagi.

Memulakan perniagaan sendiri perlulah ada perancangan, saya sudah rangka ciri-ciri produk paling menguntungkan untuk bisnes anda. Hanya 'follow' jalan para jutawan siber seperti Mike Filsaime, Patric Chan, Sen Ze, Ewen Chia, Corey Rudl, Derek Gehl, Yanik Silver dan banyak lagi yang menjalankan perniagaan Internet hanya dari rumah ! Fleksibel model perniagaan Internet kini menjadi satu trend yang cukup fenomena... Anda patut mulakan ebiz anda sendiri sekarang untuk menjana extra income untuk masa depan anda...

Saya rasa cukuplah 5 point penting untuk meminimumkan risiko defisit perbelanjaan buat masa ini. Memandangkan harga minyak naik sudah tentu semua orang kelam kabut mencari jalan penyelesaian. Mungkin anda patut baca semula ebook terhangat saya mengenai 20 Cara Jimat Duit untuk mendapatkan banyak idea lagi untuk manfaat anda. At least kita membaca sesuatu yang dapat dipraktikkan dengan positif seterusnya menjadikan hidup lebih bermakna !


Add as favourites (58) | Quote this article on your site | Views: 2130

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?
Belum jadi ahli? Daftar Sini

Ahli Terbaru

FIT
(2008-12-04 21:40:40)
mutabaruka
(2008-12-04 09:33:17)
SYAIFULLIZAN
(2008-12-02 13:12:34)
zamizi
(2008-12-02 12:27:40)
zulhilmi
(2008-12-02 11:34:06)
nurulhija
(2008-12-01 16:48:41)
zullee
(2008-12-01 15:22:14)
amin
(2008-12-01 15:08:06)
shamsul kamal
(2008-12-01 02:17:18)
shamsaa3
(2008-11-29 14:50:41)
ibnusulaiman83
(2008-11-29 11:41:19)
rayme3032
(2008-11-29 11:14:19)
watbrotruts
(2008-11-29 07:03:25)

Subscribe RSS

My Twitter

    Total Users

    1589 registered
    0 today
    14 this week
    91 this month
    Last: FIT

    Who's Online

    We have 1 guest online

    FB BlogNetwork

    Google Groups
    Buat Duit melalui Internet
    Visit this group

    CD RajaGrafik !

    Adobe Illustrator

    Hot Stuffs !

    Rahsia Produk Paling Menguntungkan

    CD PhotoshopDesign

    cd grafix
    Newsletter Percuma !

    Dapatkan info terbaru & downloads stuff percuma dengan menyertai newsletter kami

    :
    :

    Undian

    Apakah yang anda suka di RahsiaEbiz ?
     

    RahsiaEbiz @ Flickr

    Komen Terbaru

    Ok, gak
    Ok gak. saya enjoy baca ebook ni.
    More...
    By amin

    Bagi pelanggan CD Grafix Limited Edition tahun 2007 saya off...
    More...
    By code7

    members
    salam.nak tny,klu pelanggan CD graphic limited edition tak d...
    More...
    By shahidat mohamed

    sama-sama hapiz, moga ia bermanfat dan menambahkan idea sert...
    More...
    By code7

    bagus le tu bro, benda yang bermanfaat dan padat dengan info...
    More...
    By MOHD HAPIZ RAJALI


    CD GRAFIX LIMITED EDITION
    klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
    Top

    Download

    Sep.16
    Downloads
    File20 Cara Jimat Duit
    Mar.25
    Downloads
    FileCorporate web templates
    Mar.25
    Downloads
    File100 Do's and Don'ts in Web Design