Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Review arrow Ilmu financial management amat penting ! cheap cigarettes
Ilmu financial management amat penting ! PDF Print E-mail
Written by code7   
Wednesday, 23 January 2008
Dalam apa jua bisnes sekalipun, ilmu mengenai pengurusan kewangan itu penting.. bukan setakat buat strategi marketing atau bisnes model yang menguntungkan tetapi cara dan teknik menguruskan kewangan yang sistematik akan membuahkan hasil yang lebih mantap.
 
Contohnya bagaimana anda menguruskan aliran tunai masuk dan keluar dalam akaun company atau bisnes anda ? Adakah semua income itu digunakan untuk 'enjoy' atau diinvestkan semula untuk mendapat lebih banyak profits?

Saya dulu pernah rapat dengan beberapa member chinese yang memang bergeliga otak bisnesnya, contoh mcm Mr Tommy, Director ICT Zone Sdn Bhd kata financial management skills adalah antara rahsia utama sesuatu bisnes itu survive dalam persekitaran yang cukup mencabar. Ada masa kita perlu kurangkan penggunaan income untuk perkara yang bukan utama misalnya penambahan aset office equipment yang masih boleh digunakan sebaliknya perlu banyak dilaburkan semula untuk tujuan marketing. Ini kerana dengan marketing yang berterusan ia membuatkan sesuatu bisnes itu dapat 'bernafas' setiap masa dan generate more profits untuk jangka masa panjang..

Saya rasa sifat berjimat cermat dan banyak menyimpan (savings) adalah satu teknik financial management yang baik disamping amalan yang mulia.. Ramai orang ingat dengan berbelanja membeli sesuatu yg berbentuk 'tahsiniyat' itu dikira kaya.. Saya tak rasa kekayaan itu dapat didefinisikan secara sempit. Adakah kaya itu perlu harta ? Sedangkan para ilmuwan Islam termasuk sahabat Nabi Saidina Ali Karamallahu wajhah pernah berkata ilmu lebih penting dari harta kerana ia dapat menjaga kita sedangkan harta kita pula perlu menjaganya.. dan ilmu takkan kehabisan jika diberikan pada orang lain sedangkan harta akan habis jika diberikan.

So di sini mainpoint walaupun kita ada duit eloklah menyimpan, dan takde duit pun kene belajar untuk menyimpan walaupun 1 ringgit seminggu. Ini kerana pengurusan simpanan wang sebegitu adalah sebagai 'backup' jika berlaku apa-apa di masa depan. sebagai contoh simpanan aset cair (liquidity asset) membolehkan kita survive dalam masa 12 bulan walaupun tanpa apa-apa aktiviti bisnes atau projek.. Ini satu bentuk kekuatan sebenar bisnes yang dapat meneruskan kesurvivalan yang mencabar. Bukan setakat berbelanja tanpa asas yang konkrit sebaliknya memikirkan perancangan kewangan 5 tahun ke hadapan...

Kemudian adakah anda sudah asingkan personal account dengan business/company account ?

Ini kerana jika segala income ebiz anda masuk dalam personal account sudah tentu ia sukar nak diuruskan secara sistematik kerana terlalu mudah dicairkan begitu sahaja. Saya sarankan bagi mereka yang sudah dapat stable income dalam business antara RM1000 ke atas sebulan eloklah ada account bank company sendiri untuk pengurusan yang lebih sistematik. setiap cek dikeluarkan ada catatan dan itu akan terpapar dalam setiap bank statement yang dapat setiap bulan memudahkan anda monitor apa yang masuk dan apa yang kuar..

Dengan aktiviti financial management sebegini anda akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap bisnes dengan lebih serius dan tidak akan membuat pembaziran semata-mata nak enjoy dengan profits yang ada.. Saya tak kata tak boleh enjoy, tetapi ia perlu ada satu 'limit' yang sesuai dengan misi bisnes anda yang mahu berkembang dan maju jaya..

Dengan membuat perancangan kewangan, simpanan, hartanah, pelaburan dalam unit trust atau takaful, marketing investment serta lain-lain bentuk instrumen kewangan ia cukup menguntungkan daripada di'enjoy'kan begitu sahaja.. Moga tips ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang sedang meningkatnaik dengan ebiz supaya lebih strategis dalam apa jua bentuk pengurusan bisnes terutamanya berkaitan kewangan..

Add as favourites (86) | Quote this article on your site | Views: 1783

  Comments (3)
RSS comments
1. Written by code7, on 04-02-2008 16:09 , IP: 60.50.74.10
betul tu zaidi.. ada ilmu financial management duit pun lebih bermanfaat diuruskan secara bijak.. sbb tu byk org gomen tengah2 bulan sengkek sbb dah pokai.. sbbnya gatai guna kad kredit then x bayar ikut jadual..
2. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 04-02-2008 07:22 , IP: 161.142.192.227
setuju sangat..tanpa pengurusan kewangan yang bagus, kita pasti menghadapi masalah walau dapat duit banyak..itu sebab ramai yang makan gaji asyik sengkek je bila sampai tengah bulan sedangkan ada yang gajinyer cecah ribu2, bahkan puluh ribu.. saya pun memang dah cuba tingkatkan ilmu pengurusan kewangan ini. syukur, sekarang saya dah mudah nak menyimpan dan berjimat..memang banyak kebaikan bila dapat kuasai ilmu pengurusan kewangan ini. duit mudah dicari, tapi sukar di uruskan.. dengan adanya ilmu pengurusan kewangan, pasti yang sukar jadi mudah :)
3. Betul tue
Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 23-01-2008 22:53 , IP: 60.52.112.81
Sememangnya apa saja kita lakukan, ilmu paling penting..

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
E-mail
Homepage
Title:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code
I wish to be contacted by email regarding additional comments




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?

Ahli Terbaru

redfar
(2010-01-15 23:41:42)
ruzita
(2010-01-15 10:35:15)
evesiusty
(2010-01-15 09:01:27)
wronmergo
(2010-01-14 23:51:05)
Ady
(2010-01-14 01:55:35)
edwinslimg
(2010-01-13 23:39:12)
zarith85
(2010-01-13 20:14:08)
myzara
(2010-01-06 22:26:47)
liaain
(2010-01-06 16:11:12)
amanmakmur
(2010-01-06 15:42:20)
financialfreedom
(2010-01-05 18:50:40)
topaz
(2010-01-05 12:32:29)
nasmabiz
(2010-01-04 23:48:35)

Subscribe RSS

Mohd Nuur Fahmy's Facebook profile

Rahsia Produk Infodigital Yang Paling Menguntungkan di Internet Terbongkar !!
CD Grafik Paling Gempak Di Malaysia !!!
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design