Sejak beberapa minggu ini, pelbagai perubahan besar sedar berlaku. BUkan sekadar perspektif kecil dalam ebiz malahan melibatkan pandangan kehidupan keseluruhannya. Kesempatan menemui beberapa elite kerajaan sejak beberapa hari sptmna yang saya pernah temui mereka dulu pada tahun 2004 di PAC INTIM. Malah sejak September 2007 saya telah membuat keputusan besar sekali untuk bersama-sama dalam sebuah organisasi hebat yang memberi saya erti yang cukup mendalam sekali.
Kini saya masih meneruskan agenda Ebiz sebagai arena perjuangan jihad ekonomi sptmana yang pernah disarankan oleh mentor saya, cumanya transformasi itu lebih menyebabkan saya lebih terbuka terhadap aspek kehidupan yang lebih besar. Bukan sekadar ebiz tetapi ia melangkaui jauh lebih dari itu. Matlamat kita adalah al-Falah iaitu kejayaan dunia dan akhirat, dengan itulah saya percaya seseorang manusia perlu mempunyai impian visi dan misi yang lebih bermakna.
Perancangan dalam pelbagai aspek adalah penting, kita perlu bijak dalam mencapai apa jua yang diimpikan. Jika sekadar melepaskan batuk di tangga, maka sia-sialah usaha kita selama ini. Ia bukanlah sekadar mahu berjaya dengan mudah sahaja, sehingga melupakan matlamat sebenar kita hidup di dunia ini. Saya cukup berterima kasih kepada penceramah/motivator yang telah menginspirasikan sejak beberapa hari ini, ternyata ia mengubati kekosongan yang ada sekian lama wujud.
Seperti idea dan petua besar dalam penulisan saya yang terbaru di
EbookJutawan , konsep kaizen adalah merupakan idea pengurusan strategik. Apa jua bisnes mahupun organisasi perlu melakukan transformasi positif untuk survive dalam persekitaran yang cukup mencabar ini. Jika kita tidak membuat perubahan atau penambahbaikan maka jangan salahkan orang lain sekiranya bisnes kita mundur atau ketinggalan. Namun saya ada memberi tips kaizen yang cukup praktikal bersama beberapa perisian khas, ia membolehkan kita meningkatkan conversion rate yang tinggi. Jika mahu melihat jualan web anda tinggi perlulah mengamalkan
teknik high-octane marketing dan
kaizen untuk memperbaiki conversion rate dari masa ke semasa. Tips dari jutawan siber dunia ini saya kutip dan kupaskan dalam bahasa yang mudah. Moga ia dapat memberi manfaat kepada anda semua..
Only registered users can write comments.
Please login or register.