Artikel
Review
MERDEKA !! Hayati erti sebenar kemerdekaan.. cheap cigarettes
| MERDEKA !! Hayati erti sebenar kemerdekaan.. |
|
|
|
| Written by code7 | ||||||||
| Thursday, 28 August 2008 | ||||||||
|
Saya sejak beberapa hari ini agak busy sket dengan pelbagai xtvt termasuk mempengerusikan mesyuarat utk beberapa program bersama menteri di jabatan perdana menteri, mmg minggu ni asyik meeting manjang.. Namun ia tidak menghalang untuk terus berusaha gigih mencapai impian.. Setiap pagi mulai minggu ini jalan raya di KL sesak sikit kerana ada raptai sempena hari kemerdekaan di Dataran Merdeka. Manakala di langit kelihatan helikopter dan jet juga beterbangan megah di kotaraya metropolitan ini. Anak-anak muda berbaris dengan penuh disiplin, begitu juga angkatan tentera yang cukup komited dengan tanahair. Itu tak perlu dipertikaikan tumpah taat setia pada nusa dan bangsa. Saya juga anak Malaysia, begitu berbangga dengan apa yang kita kecapi hari ini. Teman, rakan, sahabat dan kawan-kawan semua.. Alangkah bertuahnya kita mampu tidur nyenyak di malam hari, bukankah begitu mudah membuka kerdipan mata di pagi hari yang nyaman aman dan sentosa.. Begitu juga makan dan minum, kerja dan bermain serta bebas tanpa sekatan, menyanyi riang, gelak ketawa dan senyuman memekar setiap masa.. Inilah Malaysia.. dunia yang begitu aman bahagia.. kemerdekaan hari ini merupakan antara nikmat Ilahi yang amat bermakna sekali. Namun biarlah erti kemerdekaan itu dihayati dengan penuh kesyukuran. Kita di Malaysia begitu bertuah berbanding anak-anak muda Palestin yang saban hari bertempur dengan bala tentera zionis durjana. Dan darah yang ditumpahkan di bumi Palestin itu bukan sekerat dua jiwa, tapi memakan beribu nyawa sehingga diwarisi dari generasi ke generasi. Di tanah al-Quds itu menjadi saksi, anak muda berani berdepan kereta kebal dengan hanya membaling batu.. Ia menyekat kemaraan tentera zionis laknatullah.. Ironinya di Malaysia anak muda bersukaria dengan membaling botol di atas pentas konsert dan tanpa segan silu membuka baju.. Membiarkan kemaraan gejala libido yang merosakkan maruah generasi kita yang menjadi petanda yang ada pada setiap kejatuhan empayar agung dunia termasuk Romawi yang kehilangan jatidiri peribadi mulia dan terhormat. Moga kita semua belajar dari sejarah... sama ada kita mencipta sejarah atau menjadi bahan sejarah.. Jadikan Malaysia negara yang dihormati serta disegani lawan dan kawan. Generasi muda hari ini mampu mencipta perubahan, membuat tajdid dan pembaharuan.. Ke arah masyarakat madani, membawa agenda nusa sejati berlandaskan syariat Ilahi. Moga kemerdekaan Malaysia yang dikecapi ini, membolehkan kita berjuang untuk agamaNya dan ummat Islam seluruhnya.. Jadikan kelebihan yang kita miliki hari ini untuk bekalan hari esok.. Berbuat baik selalu, berbuat amal kebajikan dan meninggalkan larangan tuhan.. Berdoa dan berusaha untuk yang masa depan yang cerah membantu mereka yang susah dan kurang bernasib baik, berkongsi kekayaan dengan adil, merangka dasar dan polisi untuk maslahat rakyat, mentadbir kewangan dengan berhemah dan berintegriti, menerapkan sikap positif dalam urusan seharian, mengangkat kebenaran dan menjauhi kebatilan... Dengan dengan ini menjadikan kemakmuran kita lebih berkat dan dipenuhi rahmat. Moga posting saya kali ini tidak membosankan kalian.. tak reti nak tulis panjang2 sangat.. masa mencemburui kita semua.. fi khulasatil qaul.. saya mendoakan kebahagiaan semua warga RahsiaEbiz, moga dilimpahi rahmat dan berkah, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia kita dengan penuh syukur.. :) Add as favourites (113) | Quote this article on your site | Views: 3182
|
||||||||
| Last Updated ( Thursday, 28 August 2008 ) | ||||||||
| Laman Utama |
| Profil RahsiaEbiz |
| Info Berita |
| Artikel |
| Galeri Gambar |
| Audio/Video |
| Carian |
| Downloads |
| Jemput Kawan |
| Buku Tamu |
| Most Favourites |
| Hantar eCard |
| Hubungi Kami |
| Member Area |
![]() |
azrul.ahmadi (2010-05-01 17:38:26) |
![]() |
abemogi (2010-05-01 17:05:46) |
![]() |
rouke (2010-05-01 15:52:21) |
![]() |
ayasofya79 (2010-05-01 15:51:56) |
![]() |
Azizeil (2010-05-01 15:31:13) |
![]() |
ethumb (2010-05-01 13:38:22) |
![]() |
roziemalek (2010-05-01 04:54:09) |
![]() |
silvia (2010-05-01 00:07:55) |
![]() |
tumi (2010-04-30 23:16:23) |
![]() |
havoc (2010-04-30 18:17:25) |
![]() |
ciklulu (2010-04-30 16:42:24) |
![]() |
sepak_perot4 (2010-04-30 09:08:05) |
![]() |
md.affendi (2010-04-30 04:35:43) |
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |