Artikel
Review
Sudah hampir pertengahan tahun 2008 ! | Sudah hampir pertengahan tahun 2008 ! |
|
|
|
| Written by code7 | |||||
| Thursday, 29 May 2008 | |||||
|
Dalam diam, pejam celik mata sudah hampir pertengahan tahun. Saya rasa masih panas lagi tahun 2007.. seolah semalam berlalu. Sungguh tak sangka masa kini beredar pantas, umur pun bertambah, amalan pula bagaimana ? Sementara kita mengejar dunia ini, jangan lupa kita dunia kekal abadi di sana.Kita mesti mengejar yang lebih 'aula' di samping tidak melupakan jambatan akhirat. Dan saya berpesan kepada diri sendiri, agar melakukan 'kaizen' setiap hari.. membuat 'tajdid' setiap masa.. dengan itulah kita menjadi insan yang menghargai anugerah tuhan yang Maha Besar ini. Perancangan saya bagi 2008 masih lagi belum tercapai sepenuhnya 50%.. Masih terdapat banyak kelemahan, dan sudah pastinya kekangan masa dan tenaga menjadi 'alasan' paling biasa didengar. Di pertengahan tahun 2008, saya telah mencipta 2 jenis produk penting, ia umpama 'vitamin' yang akan menguatkan asas bisnes yang telah terjalin selama ini. Walaupun dihambat masa yang kian cemburu, saya sempurnakan sedaya mungkin. At least ia membuahkan hasil berbanding cakap-cakap kosong sahaja. Dalam bisnes yang penting adalah hasil daripada usaha gigih, bukan merancang saja tetapi mesti melaksanakannya. Namun saya telah belajar satu perkara penting, 'kepercayaan' dalam bisnes adalah terlalu mustahak. Sebab itulah mentor saya pesan u have to reveal more about yourself now.. Mungkin benar kelemahan saya adalah kerana tidak famous ? Neway, saya jenis underground sebenarnya, low profile.. Tapi cuba belajar untuk memberi manfaat kepada yang lain dengan cara tersendiri. Insyaallah di masa akan datang saya akan reveal siapa saya sebenarnya... Terlalu berahsia kerana mahu menjaga privasi diri dan ia juga bagus untuk diri saya. Then ada beberapa aspek setelah saya 'muhasabah diri' atau melakukan diagnostic mmg terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki. Apa pun teruskan menuntut ilmu, mendalami teknik dan kemahiran serta berkongsi pengalaman diri dan orang lain. Di samping itu saya akan mencuba menambah peluang di dunia offline dari segi networking dengan jutawan-jutawan senyap Malaysia. Saya lihat mereka ini low profile tetapi dalam diam mereka itu berisi.. Siapa sangka orang kampung tanam kelapa sawit sebenarnya jutawan senyap di kedai kopi Pak Andak ? Saya dapat merasakan cerita-cerita inspirasi mereka cukup mengagumkan.. Insyaallah saya mahu 'explore' lagi rahsia-rahsia jutawan senyap ni.. keunikan dan keistimewaan yang dimiliki boleh di'clone'kan jika kita yakin, tekad, gigih berusaha. Sebab itulah baki 6 bulan terkahir 2008 adalah masa untuk saya tambahkan networking. Bila sampai tahun 2011 saya merupakan salah seorang yang telah mencapai financial freedom pada usia muda ini ! Insyaallah yakin ! Add as favourites (53) | Quote this article on your site | Views: 699
Only registered users can write comments. |
|||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |