Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Self Motivation arrow 3 Cara Mempraktikkan Hukum Tarikan (Law of Attraction) ! cheap cigarettes
3 Cara Mempraktikkan Hukum Tarikan (Law of Attraction) ! PDF Print E-mail
Written by code7   
Wednesday, 17 June 2009
Awal pagi saya telah menggodek kembali koleksi lama DVD yang ada dan teruja dengan 1 jenis DVD yang paling berharga pernah saya ada dalam hidup ini. Ianya x sama seperti DVD movie yang lain kerana ibarat sebuah dokumentari bersejarah yg membongkar rahsia dalam hidup manusia.

the secret

Saya simpannya dengan penuh berhati-hati.. DVD tersebut adalah The Secret Movie yg telah dikeluarkan pada tahun 2006. Menampilkan tokoh hebat seperti Bob Proctor, "Dr." Joe Vitale, Dr. John Gray, Dr. John Demartini, John Assaraf dan penulis Rhonda Bryne yang telah menulis buku The Secret seterusnya dijadikan filem/movie.
 
Ternyata buku dan filem movie The Secret ini telah mengubah pandangan saya mengenai dunia. Rahsia Hukum Tarikan atau The Law of Attraction sememangnya 'sunnatullah' yang sudah lama dijelaskan di dalam al-quran dan hadis Nabi Muhammad saw. Itupun adalah kerana penjelasan yang kreatif dari Rusdin S. rauf yang menulis buku Quranic Law of Attraction yang sarat dengan intipati hukum tarikan ini dari sudut perspektif yang islamik.

Sama ada DVD atau koleksi buku.. Saya begitu menghargai ilmu-ilmu hebat seperti ini. Ia membantu untuk terus mengembara dalam hidup lebih mudah, semakin dengan impian dan matlamat serta sedar segala kejayaan itu datangnya kerana Allah swt.

Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini sptmana yang disarankan dlm buku Rusdin yang mana seorang muslim itu perlu :

1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan spttnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.
2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.
3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...
3 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau Law of Attraction. Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.

Saya sudah mula praktikkannya untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam diri saya juga perlu mengenali erti sebenar kehidupan ini dengan lebih mendalam supaya kejayaan masa akan datang menjadi kenyataan. Impian saya sebelum ini sudah banyak juga dicapai dan rasa bersyukur amat sangat di atas segala kurniaan rezeki tuhan. Tidak perlu ego, lupa diri maupun takabbur sebaliknya bak kata pepatah semakin padi berisi semakin tunduk ke bawah.. Dan itulah yang kita patut lakukan doa + syukur + sabar adalah satu nasihat azimat yang terbaik dalam hidup.

Moga pendedahan The Secret ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Ilmu sebegini tidak banyak didedahkan, apapun saya ucapkan selamat maju jaya dan moga mencapai apa jua impian anda dalam kehidupan.

Add as favourites (124) | Quote this article on your site | Views: 3672

  Comments (5)
RSS comments
1. mystery
Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 16-07-2009 16:56 , IP: 218.208.52.25
ilmu terlalu luas.Apa yg di tulis oleh sdr Rusdin,atau oleh Harun Yahya,atau napoleon hill,atau edward debono,atau oleh einstain,atau oleh para imam sunni,hanya hanya sekelumit,life\'s is still a mystery,dan Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu,apatah lagi yang mengamalkan ilmu yang diperolehi serta beriman kepada Si pemberi Ilmu iaitu The Al-mighty.So.about the law of attraction,memang tak nafi Al-quran sumber tenaga yang hebat,doa,sabar dan syukur hanya sebahagian dari sumber Al-quran,but how do we store the energy,where do we store it,is it in our mind,in our heart,in our takdir,soul or there is a place for everyone to keep their memory and energy somewhere in the universe?Can we measure it?There\'s a saying\"where we think the energy followsnull
2. Semuanya bermula dari ISLAM
Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 29-06-2009 08:52 , IP: 124.82.165.2
Salam to all, 
I have been exposed to \'The Secret\'early 2007. 
Memang impress sangat-sangat waktu. Memang segalanya adalah benar. Cuma, kita harus betul-betul menghayati penyampaiannya dan haruslah berhati-hati di dalam praktikalnya. Sebenarnya segala ilmu ini telah pun diterangkan di dalam AL-Quran. \'You are what you think\' 
 
Segala-galanya haruslah kembali kepada ALLAH. 
Konsep yang dihuraikan di dalam LAw of Attraction -The Secret berkait rapat dengan idea daripada - Napoleon Hill (Think and Grow Rich). - What mind can conceived, it can be achieved.  
 
Semenangnya, ISLAM itu \'is the way of life\'. Dengan kehendak ALLAH segala yang kita fikirkan inysAllah akan terjadi dengan izin ALLAH. 
 
Saya ada melihat, sebuah buku terbitan tempatan \'the Secret\' dalam aspek ISLAM. - Jauh lebih murah harganya. Mungkin Kita semua patut membelinya dan sya rasa lebih praktikal untuk seorang muslim. 
 
Anyway, thanks for sharing bro code 7. Sesungguhnya \'The Secret\' memang telah membuka minda sya yang manusia adalah makhluk paling hebat memancarkan frekuensinya! dan ini telah pun di sebut di dalam Al-Quran - Manusia adalah Khalifah di bumi sehingga Syaitan tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam ketika ALLAH memerintahnya berbuat demikian. 
 
Semoga kita mengambil pengajaran daripadanya. 
 
P/s - Pada saya yang paling mencabar adalah apabila praktikalnya... 
 
WaNZ
3. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 20-06-2009 15:18 , IP: 60.51.221.90
wan khairul.. boleh beli di web The Secret.. 
 
Syalida.. yups.. al-quran itu sendiri adalah mukjizat hebat.. kalo dipraktikkan 100% x mustahil ummat Islam dapat menguasai kembali sebahagian besar dunia..
4. nak cari mana
Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 19-06-2009 21:16 , IP: 203.82.91.102
salam bro, 
 
mana nak cari DVD nie ek...
5. Harap Semua Umat Islam Dapat Praktikkan
Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 19-06-2009 19:31 , IP: 203.82.91.101
Kali pertama sha lihat perbincangan The Secret ni dalam Oprah Show...masa tu terdetik "wah hebatnye org putih ni mampu buat satu DVD mcm ni...sangat berpengaruh... " tapi lebih indah kalau umat Islam lebih berani mencuba untk ketengahkan isi kandungan Al-Quran dan dapat diterjemahkan dalam satu produk mcm secret ni...dan boleh ditonton 1 dunia dgn cara terbuka. 
 
Apapun harap ramai umat Islam dapat praktikkan apa yang dikongsi dalam DVD ni ^_^

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
E-mail
Homepage
Title:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code
I wish to be contacted by email regarding additional comments




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Tuesday, 01 December 2009 )
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?

Ahli Terbaru

azrul.ahmadi
(2010-05-01 17:38:26)
abemogi
(2010-05-01 17:05:46)
rouke
(2010-05-01 15:52:21)
ayasofya79
(2010-05-01 15:51:56)
Azizeil
(2010-05-01 15:31:13)
ethumb
(2010-05-01 13:38:22)
roziemalek
(2010-05-01 04:54:09)
silvia
(2010-05-01 00:07:55)
tumi
(2010-04-30 23:16:23)
havoc
(2010-04-30 18:17:25)
ciklulu
(2010-04-30 16:42:24)
sepak_perot4
(2010-04-30 09:08:05)
md.affendi
(2010-04-30 04:35:43)

Subscribe RSS

Skor A Sukses
CD Grafik Paling Gempak Di Malaysia !!!
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design