|
Azam baru saya untuk 1430H dan 2009M |
|
|
|
|
Written by code7
|
|
Friday, 02 January 2009 |
|
Banyak kene tag pasal azam baru ni.. so saya pun mengambil peluang untuk menulis entry post sedikit sebanyak di tahun baru ini supaya memberi manfaat kepada semua. Secara ringkasnya saya tidak mendetailkan apa semua rahsia projek underground yang sedang melakukan, apa penambahbaikan dan langkah seterusnya dalam menangani pelbagai masalah teknikal pad atahun baru ini. Apa yang penting saya sudah melakukan perancangan rapi supaya banyak projek boleh diselesaikan dengan sempurna. Antara azam saya pada tahun baru 1430H dan 2009M ialah :
- Focus kepada R&D
Sememangnya kejayaan seseorang webmaster dan internet marketer adalah berdasarkan berapa banyak projek perintis yang berjaya dihasilkan. Oleh sebab itu saya berazam untuk membuat R&D terhadap 5 jenis projek setahun (12 bulan). Dari pengalaman yang lepas purata R&D setahun adalah 3 projek sahaja. Saya ingin menjadikannya lebih banyak dan berkembang lebih maju pada tahun baru ini. - Kaizen @ continuous improvement
Bagi projek yang sedia ada perlu penambahbaikan atau kaizen. Saya perlu berusaha keras memastikan 5 produk teras di'upgrade' sehingga menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan. Projek kaizen ini sebenarnya tidak terhenti apabila sst projek sudah siap, sebaliknya ia akan berubah ikut trend semasa ! - Viral E-Marketing
Ini suatu yang amat penting sehingga saya meng'highlight' dalam azam saya yang baru ini. Oleh kerana berjaya dengan hebat dengan teknik viral ala-ala web 2.0 yang lepas sehingga kini menyebabkan saya terlalu 'excited' mendapat beribu list dalam masa yang singkat saja x sampai 3 hari. Namun bagi tahun ini saya perlu membuat sedikit perubahan dengan sokongan Virtual Private Server (VPS) untuk berfungsi pada 100% performance. Kalo ada sesapa nak sponsor atau taja server VPS projek viral e-marketing saya just let me know.. boleh jv untuk dapatkan keuntungan bersama.
- MSI diversification
Multiple Streams of Income sptmana yang pernah saya jelaskan sebelum ini , adalah begitu penting mempelbagaikan jenis sumber pendapatan. Bukan sekadar perniagaan Internet, sebaliknya juga dalam network marketing, aset hartanah, pelaburan unit trust, pertanian dan sebagainya. Saya percaya dengan MSI ini membolehkan kita cepat kaya dan mencapai financial freedom dalam masa yang singkat. Dan kebaikannya juga adalah apabila salah satu source of income kita jatuh maka ada sumber lain yang akan dapat menampung serta cover kerugian tersebut. Bagi saya ini banyak melibatkan financial management serta investment yang perlu dibuat kajian menyeluruh.
- Social Obligation
Ini yang istimewa... saya masih bersama dengan salah satu organisasi yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat Islam di Malaysia. Saya anggap ia sebagai salah satu perjuangan saya dalam agenda perubahan ummat. Sekiranya saya diizinkan mahu jadi aktivis masyarakat yang positif. Insyaallah doakan saya mencapai azam dan hasrat murni ini...
Apapun jua.. manusia hanya merancang dan Allah yang menentukannya. Dengan segala kudrat dan tulang empat kerat ini kita berusaha sebaik mungkin dan usah persiakan anugerah besar tuhan yang telah diberikan kepada kita semua. Semua azam ini merupakan satu manifestasi al-Falah yang saya impikan. al-Falah bermaksud kejayaan di dunia dan juga kejayaan akhirat. Mudah-mudahan segala usaha kita diberkati Allah swt... Add as favourites (97) | Quote this article on your site | Views: 1390
|
- Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
- Personal verbal attacks will be deleted.
- Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
- Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
- Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
|
|
|
Last Updated ( Friday, 02 January 2009 )
|