Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Self Motivation arrow Bersikap positif antara prasyarat utama mencapai kejayaan
Bersikap positif antara prasyarat utama mencapai kejayaan PDF Print E-mail
Written by code7   
Monday, 14 July 2008
Thomas Alva Edison antara inventor terhebat dunia yang mencipta lampu pernah gagal sebanyak 999 kali dalam percubaannya menyalakan lampu. Pada masa itu seluruh masyarakat dan rakan-rakannya mengatakan Thomas sedang buat kerja gila. Sudah beratus kali gagal tetapi masih mahu mencuba juga. Thomas tak pernah gentar dengan kegagalan, tak putus asa atau lemah semangat. Kerana beliau yakin ciptaannya itu akan membuahkan hasil yang bermanfaat.
 
Akhirnya percubaan yang keseribu beliau berjaya menyalakan lampu, gembira bukan kepalang, kegagalannya sudah ditebus, namanya kini dijulang dan masyhur sebagai pencipta hebat sehingga hari ini. Bayangkan jasa Thomas Alva Edison memberi dunia cahaya di waktu malam dengan ciptaannya.

Soalnya.... adakah kita pernah belajar dari kegagalan ?
Cerita sebegini adalah antara salah satu kisah-kisah kejayaan orang-orang yang pernah gagal. Mereka tidak pernah jadikan kegagalan itu suatu alasan. Sebaliknya ia adalah suatu usaha untuk kehadapan. Thomas berkata beliau tidak 999 percubaan itu gagal, ini kerana beliau mengatakan 999 itu sebenarnya adalah cara yang salah menyalakan lampu dan sebaliknya cara yang terakhir merupakan cara yang betul untuk menyalakan lampu.

Ini satu sikap positif, yang mana saya pernah beri talk ringkas pada rakan-rakan dulu. Saya rasa ia satu sudut pandangan yang jauh lebih bermakna dan bererti. Tidak menjadikan kegagalan sebagai salah satu alasan terbesar untuk menafikan kemampuan kita mengejar kejayaan. Saya lihat ramai orang takut untuk buat bisnes kerana takut gagal. Ya, saya tak nafikan bahawa mungkin ada yang paranoid setelah mengalami trauma dalam bisnes maupun tersilap langkah memilih model bisnes yang betul.

Itu mungkin menyebabkan mereka fobia dalam menjalankan bisnes. Saya rasa itu normal, sebagai mansuia kita mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Namun bagi diri saya ini tidak suka hidup di dalam bayangan ketakutan. Bisnes perlu diterokai, bukannya dijauhi. Ini kerana ada masanya Allah swt melimpahkan rahmatNya setelah apa jua cubaan dan rintangan yang melanda. Ibarat selepas mendung ada cahaya, selepas gelap malam ada cerahnya siang..

Jadi, sekian lama saya saya menerokai ebiz, masih ada ruang dan peluang yang besar dari masa ke semasa. Sebenarnya kita tak perlu tergesa-gesa, ebiz sudah terlalu senang untuk dikuasai, hatta budak umur 17 tahun lepasan SPM juga sudah berjaya generate untung RM10ribu sebulan .. Sepatutnya kita rajin mencuba dan berusaha bukannya memberi banyak alasan dan seribu dalih.. Nak cipta kejayaan bukan dengan sikap negatif sebaliknya dengan sikap positif.

Jangan bermimpi untuk mencipta kejayaan dalam masa yang singkat, usah terpedaya dengan janji-janji manis di luar sana. Saya terkilan masih ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya seperti skim ponzi, piramid, hyip, derma-menderma dan pelbagai skim pelaburan yang illegal dari sisi undang-undang Malaysia. Nak kaya ada caranya,  tetapi bukan dgn cara singkat dan menipu. Kita dalam ebiz ini semestinya develop reputation, credibility dan integrity. Barulah ebiz tersebut mempunyai kualiti dan dipercayai. Bertahan lama dan berkembang dari masa ke semasa sehingga dapat membentuk sebuah empayar bisnes yang hebat. Bukan sebulan dua atau setahun dua buat ebiz kendian tutup kedai. Saya tak rasa ini jihad perniagaan yang sebenarnya kalo setakat setahun dua.. sebaliknya jihad perniagaan itu berterusan dan membuahkan hasil kepada seluruh generasi muda Islam kita.

Hasil kejayaan bukanlah diperolehi dalam masa yang singkat. Kita perlu kreatif untuk itu, dengan adanya sikap positif ia lebih memudahkan urusan dalam segenap hal. Hari ini anda senyum dan berusaha gigih, yakin dengan masa depan mmg insyaallah doa itu akan makbul jika anda percaya pada kuasa tuhan...

Add as favourites (22) | Quote this article on your site | Views: 301

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?
Belum jadi ahli? Daftar Sini

Ahli Terbaru

shah
(2008-08-20 22:57:34)
yaamri
(2008-08-20 18:22:02)
cayangfizah
(2008-08-20 15:47:18)
Fahriza
(2008-08-18 16:21:32)
asidburn
(2008-08-17 21:39:15)
rauzan
(2008-08-17 00:23:04)
mahamad bin mahamud
(2008-08-16 14:17:40)
ayujour
(2008-08-15 20:38:03)
wanzin7
(2008-08-15 12:48:23)
rushbiru
(2008-08-14 19:43:13)
nazspengkid
(2008-08-14 15:44:43)
shayx
(2008-08-14 15:38:44)
akuzaliza
(2008-08-14 12:33:39)

Subscribe RSS

counter

Web Stats

 
Top 3 Browsers
 
  • 56,00%MS IE
  • 30,92%Firefox
  • 3,83%unknown
 
Top 3 Operating systems
 
  • 93,28%Windows
  • 4,00%unknown
  • 1,89%Linux
 
Top 3 Robots
 
  • 68,00%Yahoo!
  • 4,46%Googlebot
  • 5,26%MSNBot
 
Top 3 Countries
 
  • 92,54%United States
  • 1,66%China (People's Republic of China)
  • 2,35%Great Britain
 
Top 3 Languages
 
  • 83,58%English
  • 1,43%Chinese
  • 3,26%Malay
CD GRAFIX LIMITED EDITION
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design