Artikel
Self Motivation
Bersikap positif antara prasyarat utama mencapai kejayaan | Bersikap positif antara prasyarat utama mencapai kejayaan |
|
|
|
| Written by code7 | ||||
| Monday, 14 July 2008 | ||||
|
Thomas Alva Edison antara inventor terhebat dunia yang mencipta lampu pernah gagal sebanyak 999 kali dalam percubaannya menyalakan lampu. Pada masa itu seluruh masyarakat dan rakan-rakannya mengatakan Thomas sedang buat kerja gila. Sudah beratus kali gagal tetapi masih mahu mencuba juga. Thomas tak pernah gentar dengan kegagalan, tak putus asa atau lemah semangat. Kerana beliau yakin ciptaannya itu akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Akhirnya percubaan yang keseribu beliau berjaya menyalakan lampu, gembira bukan kepalang, kegagalannya sudah ditebus, namanya kini dijulang dan masyhur sebagai pencipta hebat sehingga hari ini. Bayangkan jasa Thomas Alva Edison memberi dunia cahaya di waktu malam dengan ciptaannya. Soalnya.... adakah kita pernah belajar dari kegagalan ?Cerita sebegini adalah antara salah satu kisah-kisah kejayaan orang-orang yang pernah gagal. Mereka tidak pernah jadikan kegagalan itu suatu alasan. Sebaliknya ia adalah suatu usaha untuk kehadapan. Thomas berkata beliau tidak 999 percubaan itu gagal, ini kerana beliau mengatakan 999 itu sebenarnya adalah cara yang salah menyalakan lampu dan sebaliknya cara yang terakhir merupakan cara yang betul untuk menyalakan lampu. Ini satu sikap positif, yang mana saya pernah beri talk ringkas pada rakan-rakan dulu. Saya rasa ia satu sudut pandangan yang jauh lebih bermakna dan bererti. Tidak menjadikan kegagalan sebagai salah satu alasan terbesar untuk menafikan kemampuan kita mengejar kejayaan. Saya lihat ramai orang takut untuk buat bisnes kerana takut gagal. Ya, saya tak nafikan bahawa mungkin ada yang paranoid setelah mengalami trauma dalam bisnes maupun tersilap langkah memilih model bisnes yang betul. Itu mungkin menyebabkan mereka fobia dalam menjalankan bisnes. Saya rasa itu normal, sebagai mansuia kita mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Namun bagi diri saya ini tidak suka hidup di dalam bayangan ketakutan. Bisnes perlu diterokai, bukannya dijauhi. Ini kerana ada masanya Allah swt melimpahkan rahmatNya setelah apa jua cubaan dan rintangan yang melanda. Ibarat selepas mendung ada cahaya, selepas gelap malam ada cerahnya siang.. Jadi, sekian lama saya saya menerokai ebiz, masih ada ruang dan peluang yang besar dari masa ke semasa. Sebenarnya kita tak perlu tergesa-gesa, ebiz sudah terlalu senang untuk dikuasai, hatta budak umur 17 tahun lepasan SPM juga sudah berjaya generate untung RM10ribu sebulan .. Sepatutnya kita rajin mencuba dan berusaha bukannya memberi banyak alasan dan seribu dalih.. Nak cipta kejayaan bukan dengan sikap negatif sebaliknya dengan sikap positif. Jangan bermimpi untuk mencipta kejayaan dalam masa yang singkat, usah terpedaya dengan janji-janji manis di luar sana. Saya terkilan masih ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya seperti skim ponzi, piramid, hyip, derma-menderma dan pelbagai skim pelaburan yang illegal dari sisi undang-undang Malaysia. Nak kaya ada caranya, tetapi bukan dgn cara singkat dan menipu. Kita dalam ebiz ini semestinya develop reputation, credibility dan integrity. Barulah ebiz tersebut mempunyai kualiti dan dipercayai. Bertahan lama dan berkembang dari masa ke semasa sehingga dapat membentuk sebuah empayar bisnes yang hebat. Bukan sebulan dua atau setahun dua buat ebiz kendian tutup kedai. Saya tak rasa ini jihad perniagaan yang sebenarnya kalo setakat setahun dua.. sebaliknya jihad perniagaan itu berterusan dan membuahkan hasil kepada seluruh generasi muda Islam kita. Hasil kejayaan bukanlah diperolehi dalam masa yang singkat. Kita perlu kreatif untuk itu, dengan adanya sikap positif ia lebih memudahkan urusan dalam segenap hal. Hari ini anda senyum dan berusaha gigih, yakin dengan masa depan mmg insyaallah doa itu akan makbul jika anda percaya pada kuasa tuhan... Add as favourites (61) | Quote this article on your site | Views: 794
Only registered users can write comments. |
||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Laman Utama |
| Profil RahsiaEbiz |
| Info Berita |
| Artikel |
| Galeri Gambar |
| Audio/Video |
| Carian |
| Downloads |
| Jemput Kawan |
| Buku Tamu |
| Most Favourites |
| Newsletter |
| Hantar eCard |
| Hubungi Kami |
| Member Area |
![]() |
4mula7 (2009-01-07 17:21:51) |
![]() |
zairie_db (2009-01-07 17:05:41) |
![]() |
mankim (2009-01-06 20:39:37) |
![]() |
JulianW (2009-01-06 18:53:47) |
![]() |
miss zai (2009-01-06 17:37:44) |
![]() |
abeys (2009-01-06 15:53:17) |
![]() |
my_thio (2009-01-06 11:30:39) |
![]() |
pyanmtd (2009-01-06 11:29:16) |
![]() |
hamkha (2009-01-05 17:11:14) |
![]() |
pellefant (2009-01-05 16:33:10) |
![]() |
stanleyelvin (2009-01-04 22:21:32) |
![]() |
alel (2009-01-04 20:37:46) |
![]() |
edyfinites (2009-01-04 04:54:34) |
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |