Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Self Motivation arrow Cara mengatasi masalah pengangguran
Cara mengatasi masalah pengangguran PDF Print E-mail
Written by code7   
Friday, 26 October 2007

 
Bebaru ni saya sempat breakfast di restoran 24 jam di Kg baru, lihat di sana banyak gadis cantik warga indonesia bekerja.. Bila tanya pasal kg, diorang tak balik pun lagi.. Beraya di Malaysia saja kerana mencari rezeki yang banyak di sini. Manakala anak² muda kita boleh melepak dan menganggur walaupun ada degree. Adakah orang Malaysia terlalu manja ?
 
Saya membandingkan nasib orang² Indonesia yang 'desperate' bekerja di Malaysia untuk menyara keluarga mereka, malah sanggup berjauhan dengan suami dan tidak balik raya.. wow.. saya ucapkan syabas dan tahniah di atas pengorbanan yang tinggi ini. Bukan mudah untuk lakukannya, saya melihat wajah mereka tenang dan bekerja kuat namun di dalam hati hanya tuhan saja yang tahu...

Masalah pengangguran di kalangan lepasan ijazah ipta/s malaysia semakin bertambah saban tahun. Bukan nak salahkan kerajaan, dan tak mahu jadi mcm bangau oh bangau.. Apasalahnya jika kita 'belajar' ambil iktibar mcm orang Indonesia yang cukup tabah ini. Bukan nak banggakan mereka, tapi segelintirnya adalah bebetul bersungguh mencari rezeki halal sesuap nasi dan berjauhan dengan family walaupun tak balik raya itu satu pengorbanan besar sebenarnya.

Jika anak² muda berani membuat pengorbanan yang tinggi, saya rasa masalah pengangguran dapat diselesaikan dengan mudah. Ini kerana natijahnya mereka sanggup bekerja apa saja asalkan dapat rezeki yang halal. Sanggup korbankan masa, tenaga dan fikiran untuk apa jua jenis pekerjaan hatta menyapu sampah sekalipun. Tak mengapa.. ia tetap kerja yang halal dan mendapat ganjaran di sisi Allah swt.. Adakah kerja itu kita perlu cerewet dan pandang sebelah mata ? Tidak praktikal memilih pengangguran sebagai pilihan terakhir kerana tidak sanggup memilih pekerjaan yang susah.

Saya dulu pernah kerja sebagai crew Pizza Hut di SS14 PJ, mmg bergelumang dengan tepung dan basuh pinggan mangkuk sehingga tangan saya mengelupas kerana kesan dari kimia sabun. Ia tidak mematahkan semangat untuk terus bekerja, sebaliknya berusaha untuk mencari ruang yang lebih baik daripada itu.

Apabila balik rumah dan melihat tangan yang kecut dan mengelupas itu saya terkenangkan.. betapa susahnya mak ayah menyara hidup kita dari kecil sehingga besar, balik rumah boleh makan apa saja, bawa kereta ke mana-mana saja, duit diberi dan pelajaran ditanggung. Manjanya..

Sejak dari itu saya belajar untuk berdikari sendiri. Seorang lelaki sejati pantang menyerah kalah pada nasib, ia akan berusaha dengan penuh semangat untuk merubah nasibnya sendiri. Saya tak malu mengaku pernah bekerja di Pizza Hut kerana sekarang saya belajar ambil 'iktibar' dari pengorbanan susah payah sebelum berjaya.

Hari ni tangan saya tak mengelupas lagi, kerana berdepan dengan workstation di bilik berhawa dingin bersama project dan kerja yang beribu ringgit sebulan. Natijahnya  daripada 'iktibar' sepanjang perjalanan awal karier saya yang agak 'menginsafkan'.

Rentetan itu, elemen utama untuk mengelakkan pengangguran adalah semua orang perlu rasa sendiri apa itu erti sebenarnya pengorbanan. Belajarlah dari pengalaman orang lain, belajarlah dari pengalaman sendiri. Manusia akan menjadi semakin bijak apabila ia berani membuat pengorbanan dan belajar perkara baru. Tidak kiralah apa jua karier anda, belajar untuk mencari 'networking'.. Jangan anggap kerja krew restoran itu rendah tahapnya, ini kerana di restoran tu ada bermacam jenis pelanggan dan orang dari pelbagai lapisan. Ada pegawai, ada bisnesman, ada datin, datuk, tan sri dan sebagainya.. lagi banyak anda kenal lagi bertambahlah networking..banyak networking, banyak list, banyaklah potensi untuk berkembang.. (Mcm MLM jugaklah, cumanya anda kene rajin berkawan saja).

Bagi mereka yang mahu atasi masalah pengangguran, inilah pengorbanan yang perlu lakukan iaitu mencari apa jua jenis pekerjaan yang halal. Belajar untuk tingkatkan tahap ekonomi diri sendiri dan membuat perubahan yang lebih baik dari masa ke semasa. Ada target 5 tahun ke hadapan dan berusaha untuk mencapai apa jua matlamat short, mid & long term strategy. Yang penting masa dan waktu usah dibazirkan.. Sesaat yang berlalu tidak mampu dikembalikan walaupun membayarnya dengan 1 billion ringgit...
 
Space we can recover, lost time never   ~ napoleon bonaparte 

Add as favourites (373) | Quote this article on your site | Views: 50640

  Comments (2)
RSS comments
1. Salam
Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 18-04-2011 01:12 , IP: 27.125.226.158
Makasih postingannya ya,,, berkunjung siang nih baca2 artikel yang mungkin menarik buat dibaca,hehe .salam :
2. Malaysia bumi bertuah
Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 23-07-2009 13:35 , IP: 219.93.50.50
Masalah pengangguran menjadi lebih kritikal bukan kerana kekurangan kerja tetapi kerana sikap 'kita' yang memilih kerja dan lebih selesa dengan makan gaji dari menggajikan orang. Lebih-lebih lagi di tanah tumpah darah kita Malaysia yang dikurniakan berkat dan rahmat. Ada banyak pilihan kerjaya di sini. Taburkan benih di tanah insyallah akan hidup. Tukarkan air masak menjadi perisa boleh dijaja ditepi jalan. Kelakarlah kalau ada yang kata kerjaya begini pulangannya kecil. 'Mungkin kecil' tetapi lebih besar daripada bekerja kilang. Jadi tetapkan hati dan yang menghadapi masalah rebutlah peluang yang ada di sini.

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
E-mail
Homepage
Title:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code
I wish to be contacted by email regarding additional comments




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Tuesday, 06 December 2011 )
 
< Prev

Login Ahli






Lupa Password?


Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design