Artikel
Self Motivation
Nak buka pintu rezeki ? | Nak buka pintu rezeki ? |
|
|
|
| Written by code7 | ||||
| Friday, 14 September 2007 | ||||
|
Dalam salah satu buku Ustazah Siti Norbahyah : Petua Murah Rezeki, ada menceritakan tentang menjalinkan silaturrahim dan berhijrah sebagai elemen yang dapat membuka pintu rezeki lebih banyak. Apa yang difahami apabila kita menjalinkan silaturrahim dengan erat dan ikhlas, Allah swt merahmati persahabatan dan ikatan kemesraan tambah² lagi antara sesama muslim. Mengapa kasih sayang sesama manusia penting ? mari kita renungkan dalam hadis riwayat Jarir bin Abdullah ra. dia berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah" Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya. (Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi ). So kita kena faham, manusia ini sejenis makhluk yang suka bersosial (berhubung antara satu sama lain), sebab itulah kita kena bina silaturrahim (networking) untuk berkembang dalam hidup lebih baik. Allah swt akan bertambah sayang pada org yang mengasihi manusia, sebab itu rezeki akan datang bersebab.. Contohnya kita sayang kepada salah sebuah family muallaf baru masuk Islam, sure kita akan tolong mereka dalam apa jua keadaan selaku persaudaraan muslim.. Begitu juga kaum kerabat keluarga, jika ada yang susah kita tolong, terutamanya yang masih belajar di IPT yang jauh dari kampung. Mungkin tidak disangka-sangka rezeki datang banyak pada kita, dan hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.. Itulah rezeki yang dikatakan sebagai 'wayarzuqhu min haisu la yahtasib' dikurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. (dari ayat seribu dinar).. Pada hari jumaat tambah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini, pahala dilipatgandakan di'multiple'kan jika bersedekah dengan sepenuh hati, beramal jariah dan membina pelaburan akhirat yang kekal abadi.. So jangan lepaskan peluang untuk generate pahala, sayanglah jika kita terlepas peluang setahun sekali ini.. Saya begitu menginsafi keberkatan Ramadhan ini yang dikurniakan ummat Muhammad al-Mustofa.. Sehinggakan fikiran terfikir, apakah aku sudah layak masuk syurga sekarang ini? Cukupkah bekalan yang hendak dibawa ke 'sana'.. Risau juga sbb skrg ni asyik fikir keduniaan saja.. Syukurlah Ramadhan ini kita berusaha sedaya upaya yang terbaik di atas kurniaan Allah swt.. Aspek lain selain silaturrahim sebagai membuka pintu rezeki, melalui hijrah juga boleh memperbanyakkan rezeki. Contohnya macam aunty saya yang dah lama berhijrah ke UK kerana mengikut husband dia kerja di sana, kini sudah banyak rezeki diperolehi dengan kerja yang gaji lumayan. Mereka tidak takut untuk berhijrah, kerana yakin dan pasti rezeki dan rahmat tuhan sentiasa ada.. Begitu juga dengan anak² kampung terutamanya di kelantan yang berhijrah ke KL untuk mencari peluang sumber pendapatan yang lebih baik. Saya lihat anak² kelantan ini kreatif dalam berniaga terutamanya pasar malam dan di dalam kampus universiti. Huu.. saya pun masih belajar dgn ore klate ni, diorang unik dan pastinya kita dapat manfaat dengan silaturrahim / networking / JV / strategic partnership dalam mengembangkan bisnes untuk jangka masa panjang. Hijrah usah diperkecilkan konsepnya dalam agama saja, ia ada relevan dalam konteks kehidupan terutamanya dalam bidang ekonomi. Penghijrahan golongan muda kampung ke bandar sudah menjadi trend, dan saya yakin rezeki tuhan besar nikmatnya bagi org yang bersedia utk membuat hijrah yang lebih baik. Konsep hijrah ini lebih kurang dengan konsep kaizen org Jepun. Ia menggalakkan penambahbaikan yang berterusan (continuous improvement), mencari ruang untuk memperbaiki taraf hidup, usaha dengan ikhlas insyaallah akan diberi ilham dan inspirasi oleh Allah yang Maha Kuasa dalam apa jua arena hidup. So, itulah sebahagian tulisan saya untuk pengisian di hari Jumaat yang mulia ini.. Moga ia memberi manfaat utk semua.. :) Add as favourites (48) | Quote this article on your site | Views: 1298
Only registered users can write comments. |
||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Laman Utama |
| Profil RahsiaEbiz |
| Info Berita |
| Artikel |
| Galeri Gambar |
| Audio/Video |
| Carian |
| Downloads |
| Jemput Kawan |
| Buku Tamu |
| Most Favourites |
| Newsletter |
| Hantar eCard |
| Hubungi Kami |
| Member Area |
![]() |
4mula7 (2009-01-07 17:21:51) |
![]() |
zairie_db (2009-01-07 17:05:41) |
![]() |
mankim (2009-01-06 20:39:37) |
![]() |
JulianW (2009-01-06 18:53:47) |
![]() |
miss zai (2009-01-06 17:37:44) |
![]() |
abeys (2009-01-06 15:53:17) |
![]() |
my_thio (2009-01-06 11:30:39) |
![]() |
pyanmtd (2009-01-06 11:29:16) |
![]() |
hamkha (2009-01-05 17:11:14) |
![]() |
pellefant (2009-01-05 16:33:10) |
![]() |
stanleyelvin (2009-01-04 22:21:32) |
![]() |
alel (2009-01-04 20:37:46) |
![]() |
edyfinites (2009-01-04 04:54:34) |
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |