Artikel
Self Motivation
Pengurusan Perubahan : Ringkasan Analisa Diri dari tahun 2004 - 2009 cheap cigarettes
| Pengurusan Perubahan : Ringkasan Analisa Diri dari tahun 2004 - 2009 |
|
|
|
| Written by code7 | ||||||||
| Sunday, 08 November 2009 | ||||||||
|
Sengaja saya sentuh topik best semasa zaman universiti dulu mmg suka bab management neh. 'Change Management' atau pengurusan perubahan mengikut senario diri saya ialah suatu pendekatan sistematik dalam menangani sebarang perubahan & cabaran yang mendatang bagi mencapai matlamat kejayaan yang telah ditentukan. Saya suka beberapa teori 'change management' sehingga kini telah membawa kesan besar dalam hidup. Ia tidak terhad dalam bisnes atau organisasi mahupun perubahan polisi, undang2 atau teknologi baru sahaja. Ia mungkin boleh terjadi pada aspek diri kita iaitu manusia itu sendiri. Sebagai contoh bagaimana kita berdepan dengan perubahan alam sekeliling dalam isu sensitif melibatkan persepsi & emosi. Bagaimana nak menyesuaikan diri di persekitaran & budaya baru, bagaimana kita berurusan dengan isu gender dan jantina (pelanggan wanita vs pelanggan lelaki, bos wanita vs bos lelaki). Bagaimana kita mengurus 'unexpected event or scenario' yang boleh mungkin melibatkan reputasi dan imej diri kita. Di mana dalam keadaan tertekan dan terdesak maupun 'deadline' yang ketat mampu menyerlahkan kualiti personaliti dalam menangani sebarang kemungkinan. Kesemua perubahan ini melibatkan luaran dan dalaman. Saya tidak fikir sesebuah organisasi yang baik itu boleh berjaya luaran sahaja tanpa ada elemen dalaman spt 'human capital' yang mencukupi. Malah organisasi bergantung kepada kualiti dalaman 'human or people' dalam mencipta nilai-nilai kualiti organisasi yang cemerlang. Secara umumnya teknik change management berkisar mengenai 3 aspek iaitu adapting to change, controlling change, and effecting change. Memana teknik pun boleh digunakan asalkan kena dengan tempatnya. Perubahan 1 : Profesion Perguruan Saya dulu April 2004 sebelum graduate UM sudah ditawarkan kerjaya guru sandaran di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (Samttaj). Bagaimana saya mengurus dengan baik perubahan dari arena kampus perdana mahasiswa kepada sebuah dunia kerjaya baru yang tak pernah saya alami. Perkara baru dan menuntut banyak pengorbanan yang tidak terkira banyaknya. Mula mengadaptasi perubahan sebagai seorang guru lelaki paling muda di sekolah tersebut dan hasilnya tidaklah teruk sangat sbb saya pandai berkomunikasi dengan student. Background saya belajar shariah tetapi boleh mengajar English & Kemahiran Hidup (KHB). 2 aspek yang teramat penting dlm dunia kini iaitu kemahiran bahasa dan kemahiran survival. Saya suka mengajar English kerana saya suka lagu omputih.. saya suka mengajar KHB sbb ia mengajar kita soal survival & teknikal spt pertanian, perniagaan, keusahawanan, pertukangan dan sebagainya. Selama setahun saya jadi guru sandaran dan bertuah dikenali oleh semua pelajar. Mula berkomunikasi dengan ibu bapa yang pelbagai background, status dato dan tan sri.. walaupun saya ni muda tapi tidaklah mentah dalam soal psikologi. Bagaimana saya menangani perasaan dan emosi student maupun ibu bapa yang 'demanding'.. Ia cukup banyak memberi pengalaman yang bermakna sekali. Perubahan 2 : Dunia Korporat YPEIM Setelah setahun bergelumang dalam profesion perguruan, pada Jun 2005 saya ditawarkan jawatan Penolong Pengurus di dalam agensi bawah JPM iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Tawaran datang bergolek kerana saya mengenali Ketua Pengarah YaPEIM iaitu Dr Abdul Malek yang cukup berwibawa. Ia merupakan satu dunia yang amat bertuah bagi saya pada ketika itu baru saja x sampai setahun grad dari UM dengan minor Pengurusan. Saya happy di YaPEIM dengan kerjaya yang cukup baik, pelbagai program dari Perlis hingga Johor maupun Sabah Sarawak menjadikan personaliti saya semakin kaya pengalaman. Bagaimana saya mempraktikkan teori-teori management yang diajar di UM dulu secara lebih baik di dunia korporat ini. Semasa di Yapeim saya membangunkan 2 web utama serta menjadi designer dalaman yang terlibat dalam kerja-kerja DTP (desktop publishing). Saya punya workstation ketika itu mmg dahsyat... Diberi keistimewaan yang unik berbanding penolong pengurus yang lain, boleh dikatakan saya boleh bekerja di mana jua asalkan ada internet. Malah saya boleh mengawal remote workstation di office Yapeim ketika saya berada beribu kilometer di negeri lain. Emm.. ia suatu keseronokan bekerja bebas sebegini. Namun saya merasakan potensi saya boleh pergi jauh lagi dari apa yang ada di Yapeim.. Perubahan terbesar saya ambil ialah berhenti dari Yapeim pada Ogos 2006 dan membawa hala tuju sendiri. Perubahan 3 : Graphic Artist + MSI Consultant Setelah resign YaPEIM, saya telah menggerakkan dunia seni sebagai mencapai kepuasan yang sebenar. Ya.. perubahan terbesar inilah yang telah menyebabkan saya mengenali dunia self-actualization dan MSI (multiple streams of income) lebih luas. Mungkin teori Maslow ini saya gunakan lebih kena dengan senario diri saya. Self-actualization atau Keperluan Estetik merujuk kepada mana-mana keperluan manusia yang memiliki segala keindahan dalam dirinya. Ini termasuklah memanfaatkan seni dan kemahirannya utk manfaat semua orang. Sama ada untuk diri maupun orang lain. Saya lebih suka bekerja dengan penuh passion.. hasilnya juga tidak kurang hebatnya... mencipta web dan grafik utk big client seperti Hijjaz, TelagaBiru dan web agensi kerajaan malah termasuk web dari UK & Eropah.. selain itu saya turut memberi talk atau ceramah di sekolah maupun di memana kampus universiti saya menyentuh banyak soal motivasi untuk pembangunan diri. Berkongsi pengalaman yang baik dengan mereka yang tidak pernah alaminya. Pada Mac 2007 saya mewujudkan Portal RahsiaEbiz sebagai pintu utama merealisasikan matlamat ini. Bermula dari situlah pelbagai web corporate, ebiz & non-profit organization mendapat sentuhan seni saya. Manakala tahun 2008 mula rancak berinteraksi di dalam segmen B2B (business-to-business) berbanding sebelum ini B2C (business-to-customer) sahaja. Menambah network di dalam segmen private & government sector terutamanya dalam e-perolehan. Banyak peluang untuk Bumiputera jika kita bijak merebutnya. Sehingga hari ini penghujung 2009 saya telah mendapat banyak resources dalam arena e-marketing, web development, graphic, event managament & sebagainya. Malah tahun 2009 ini adalah tahun bertuah saya mendapat rumah baru dan workstation lebih canggih. Alhamdulillah rezeki semakin bertambah dan wajar utk kita syukuri dan usaha lebih baik lagi. Menangani perubahan tahun 2010 saya telah mengimpikan dunia yang lebih baik untuk semua. Saya mula merasakan teknik MSI ini begitu mujarab di saat ekonomi merudum jatuh. Dengan perkembangan Bajet 2010 Malaysia yang positif untuk dunia IM maka kita wajar manfaatkan segenap peluang yang ada. Inilah di antara perubahan-perubahan diri yang saya alami secara ringkas pernah ditulis. Saya x menyesal resign jawatan guru dan assistant manager sebabnya saya boleh survive dalam apa jua environment. Saya tidak suka kepada 'comfort zone' kerana ia akan mematikan semangat survival. Saya sukakan cabaran & adventure.. Saya tak takut gagal dan saya berani berjaya... So far dalam apa jua keadaan sekalipun, kita perlu bijak menangani perubahan kehidupan, mencipta masa depan dengan perancangan rapi. Kita harus merancang dengan baik supaya kita tidak gagal bak kata lecturer saya.. if you fail to plan, you plan to fail... Bagaimana pula dengan pengalaman anda ? Beranikah kita membuat perubahan yang besar dalam hidup ? Sudahkah ada perancangan untuk tahun-tahun mendatang ? Pastikan ada solution yang tepat untuk semua cabaran masalah yang bakal dialami nanti. Hati mau kuat dan berani supaya segalanya mampu ditempuhi dengan cekal. Dunia Rahsiaebiz adalah sebahagian daripada matlamat self-actualization saya, masih ada banyak lagi dunia lain yang ingin saya alami.. Harap ia tidaklah membosankan sangat.. Ramai orang fikir duit itulah segalanya.. sedangkan saya hanya anggap duit adalah alat yang boleh mencapai matlamat.. Selain duit ada lagi elemen lain yang boleh jadi alat yang berkesan seperti 'network' ... tidak kisahlah network online maupun offline.. asalkan ia mampu mencapai matlamat. Walau apapun perubahan yang berlaku dalam hidup, cepat-cepat gunakan teori adapting to change.. mengadaptasi dan menerima sebarang corak perubahan dengan lebih positif. Usah gentar dengan cabaran sebaliknya cipta peluang terbaik dengan sebaik mungkin bak kata tokoh hebat...
Add as favourites (61) | Quote this article on your site | Views: 896
|
||||||||
| Last Updated ( Sunday, 08 November 2009 ) | ||||||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Laman Utama |
| Profil RahsiaEbiz |
| Info Berita |
| Artikel |
| Galeri Gambar |
| Audio/Video |
| Carian |
| Downloads |
| Jemput Kawan |
| Buku Tamu |
| Most Favourites |
| Hantar eCard |
| Hubungi Kami |
| Member Area |
![]() |
redfar (2010-01-15 23:41:42) |
![]() |
ruzita (2010-01-15 10:35:15) |
![]() |
evesiusty (2010-01-15 09:01:27) |
![]() |
wronmergo (2010-01-14 23:51:05) |
![]() |
Ady (2010-01-14 01:55:35) |
![]() |
edwinslimg (2010-01-13 23:39:12) |
![]() |
zarith85 (2010-01-13 20:14:08) |
![]() |
myzara (2010-01-06 22:26:47) |
![]() |
liaain (2010-01-06 16:11:12) |
![]() |
amanmakmur (2010-01-06 15:42:20) |
![]() |
financialfreedom (2010-01-05 18:50:40) |
![]() |
topaz (2010-01-05 12:32:29) |
![]() |
nasmabiz (2010-01-04 23:48:35) |
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |