Artikel
Self-Motivation
Sejauh mana anda berdisiplin di dalam urusan bisnes ? | Sejauh mana anda berdisiplin di dalam urusan bisnes ? |
|
|
|
| Written by code7 | ||||
| Saturday, 24 May 2008 | ||||
|
Sesetengah orang buat bisnes sebab dia minat, ada passion dan semangat. Saya rasa ini masih tidak mencukupi. Ada minat saja tak disusuli dengan disiplin maka ia akan jadi sia-sia. Sebagai contoh anda mempunyai bisnes jual produk yang anda minat di Internet tapi melakukannya sekadar bila ada 'mood'. Bila takda mood maka dibiarkan saja produk itu tanpa ada apa-apa tindakan susulan seperti promosi, menambahbail kandungan salesletter, respons feedback customer atau prospect then pelbagai berkaitan bisnes tersebut. Mentor saya mengajarkan beberapa tips mengenai disiplin ini. dia kata kejayaan bisnes bergantung kepada 3 perkara asas praktikal. Gabungan ketiga elemen inilah akan menjadikan sesebuah urusan bisnes itu pada tahap berkualiti dan berjaya. Formula mentor saya dikenali sebagai FTP. Ni bukan pasal FTP file transfer protocol tu.. tetapi lebih kepada formula self-improvement. Sila lihat di bawah : Focus + Technique + Passion = Success ! Mmg formula beliau ini cukup berdisiplin bagi saya yang mana telah lama mencari tips sebegini untuk boost up semangat dalam bisnes. FTP ini terdiri daripada Focus, Technique & Passion. Dengan adanya focus kita terhadap sst bisnes dengan mempraktikkan technique dari pelbagai aspek sama ada design, programming, marketing, support dan sebagainya dengan 100% sepenuh hati, penuh passion barulah leh BERJAYA. Saya rasa formula ini cukup baik untuk difahami. Mudah dan bernas. Ada focus tapi takda teknik susah juga nak berjaya.. Ada teknik tapi takda passion susah juga nak berjaya.. sebaliknya ketiga-tiga elemen itu perlu digabungkan menjadi satu dan padu. Gabungan inilah yang saya maksudkan tadi disiplin ilmu dan kemahiran serta teknik yang membolehkan kita perform 100% quality. Tanpa disiplin ketiga elemen ini mmg akan membuatkan sesuatu bisnes itu tak dpt bertahan lama.. Mungkin hangat² sekejap saja.. Tapi jika anda terus terang berdisiplin dengan 3 elemen ini ia akan membuahkan hasil yang cukup mantap. Saya ada perumpamaan lain bagi orang yang mengamalkan disiplin ini. Saya harap bisnes anda itu akan jadi macam 'marathoners' iaitu terus bertahan lama sampai bila-bila. Bukan sekadar hangat sebulan dua saja. Mungkin berpuluh tahun dan diwarisi ke generasi berikut. Bisnes yang anda mulakan sekarang itu akan 'evolve' mengikut zaman, moga kita teruskan disiplin dengan bijaksana untuk masa depan yang berjaya. Add as favourites (57) | Quote this article on your site | Views: 938
Only registered users can write comments. |
||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |