|
Ini salah satu bentuk attitude di mana kita menghadapinya di dalam kehidupan seharian. Ironinya orang berjaya di dunia ini terlebih dahulu merasai kegagalan. Contohnya mcm cerita Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya saja.. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya.
Adakah anda perlu takut menghadapi kegagalan? Perasaan takut itu normal bagi setiap manusia. Apa yang pasti ia perlu dihadapi dengan positif dan tidak keterlaluan hingga terbawa-bawa dalam hidup. Sekiranya kita terus untuk 'menafikan' keupayaan kita untuk mencuba sesuatu yang lain, maka anda sebenarnya menafikan hak kejayaan yang spttnya anda dikecapi.
Orang yang bermotivasi selalunya 'sanggup' buat apa saja bagi mencapai kejayaan sejajar dengan kehendak agama. Jika dia gagal, ia terus berusaha untuk perbaiki kelemahan. Bukan untuk 'give up' dan berputus asa, itu sebenarnya menutup ruang dan peluang diri sendiri. saya selalu berpesan untuk diri sendiri dan juga rakan sahabat yang lain untuk meneruskan perjuangan tanpa henti. Ia adalah suatu jihad yang mana kita berjuang untuk diri, keluarga dan agama.
Gagal dalam perniagaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam pertandingan dan sebagainya adalah satu 'ujian' buat hidup di dunia sementara cuma. Kenalah kita berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas. Sekiranya kita tak berani maka ia sudah memberi 'petanda' hati kita memerlukan 'motivasi' dan 'inspirasi' dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup.
La takhaf wa la tahzan.. innallaha ma'ana.. Usah takut dan bimbang.. sesungguhnya Allah bersama kita.. Perkataan ini pernah diucapkan oleh Nabi ketika di dalam perjuangannya. Apa yang pasti, kita perlu berani mencuba sesuatu daripada duduk tanpa berbuat apa-apa dan membiarkan sesaat berlalu begitu sahaja. Kuatkan hati, teguhkan pendirian, teruskan perjuangan !
Add as favourites (59) | Quote this article on your site | Views: 1164
1. Dare to Fail Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 25-11-2007 19:41 , IP: 60.53.62.71 Tak perlu takut untuk gagal boleh juga diungkap dengan berani untuk gagal. Buku yang pernah ditulis oleh PS Billy Lim banyak menyatakan beribu2 org yg berjaya adalah lahir daripada mereka yg banyak mengalami kegagalan.Mengapa? Kerana kita sebenarnya bih banyak belajar daripada kegagalan daripada kejayaan. Kegagalan membuat kita leboh bnyk berfikir,lebih banyak bermuhasabah,dan membuatkan kita pandai untuk merangka mencari jalan bagaimana untuk kita bangun kembali. Lihat Thomas Edision,menjawab soalan kawannya dengan begitu positif apabila sekian byk percubaan mencipta lampu telah gagal.."Kita tidak gagal,tetapi kita telah tahu sebanyak 999 cara yang tidak perlu kita lakukan untuk membuat lampu" ..Ya itulah pengalaman yg dikatakan guru yg paling berkesan dalamkehidupan kita. Untuk berani menghadapi kegagalan dan kejayaan,kita mesti berani untuk mencuba.."If you fail to try, you try to fail..." Mudah sahaja ungkapannya...Dan kita perlu ingat tiada kejayaan tanpa kegagalan..Lihat,kita pandai berjalan pada hari ini adalah kerana kita telah banyak jatuh sewaktu mula-mula belajar bertatih dahulu...bukan kah begitu? Ya..jadi.sudahkan anda bersedia untuk gagal? |
2. Written by code7, on 27-11-2007 08:41 , IP: 60.50.106.126 pernah ada org kata kegagalan itu merupakan kejayaan yang tertangguh.. apa yg perlu kita buat adlaah teruskan membuat pembaikan dan perubahan.. jgn give up.. mcm kisah seorang owner syarikat korea yang pernah muflis satu ketika dulu bangun dan bangkit kembali mencipta kejayaan sehingga dia jadi millionaire semula.. kegagalan menjadikan dia lebih kreatif, inovatif dan optimis.. |
Only registered users can write comments. Please login or register.
|