Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Self Motivation arrow Takut untuk bermula buat Ebiz ?
Takut untuk bermula buat Ebiz ? PDF Print E-mail
Written by code7   
Thursday, 04 December 2008
Perasaan takut itu normal bagi mereka yang bernama manusia....
Ia adalah salah satu sifat semulajadi, tapi jika digunakan secara positif dan tidak keterlaluan mungkin ia boleh menyumbangkan ke arah yang lebih sempurna. Saya juga pernah mengalami perasaan ini, takut nak wat Ebiz, takut nak wat perniagaan, takut pada kegagalan dan takut untuk menghadapi kerugian.. Semuanya rasa takut itu saya pernah alaminya.. dan seriously.. ini semua hanyalah permainan perasaan.
 

So usah dipermainkan perasaan takut itu sehingga kita menjadi 'kaku' dan 'beku'.. sehingga menghalang untuk melangkah ke hadapan, mengecap kejayaan dan kegemilangan. Jika anda benar-benar ingin berjaya dalam hidup, maka kita perlu atasi rasa takut, tanamkan bibit-bibit keberanian dan tempuh segala halangan tanpa rasa kecut di hati.. Ini satu perjuangan sebenarnya... Saya dulu sebelum bermula, rasa takut kepada kegagalan... rasa bimbang kerugian.. namun semua itu adalah satu sesi pengembaraan.. dari satu daerah ke daerah yang lain pelbagai aneka ragam hidup. Apabila kita berjaya melepasinya ia menimbulkan perasaan 'lega' krn x perlu rasa takut lagi..

Saya pernah kerugian sebanyak RM20,000 krn tersilap buat perniagaan bukan teras. Ini semua liku-liku kehidupan.. Dan saya tak berputus asa sebaliknya bangkit bina kembali perniagaan yang berteraskan kepakaran saya sehingga menjana untung kembali RM20,000 dalam masa 3 bulan. Itu berlaku pada tahun lepas, sehingga kini saya masih mengecapi keistimewaan Internet sebagai lubuk emas yang berharga. Kegagalan pertama saya itu benar-benar mengajar diri agar sentiasa focus dan disiplin terhadap perniagaan yang berteraskan kemampuan diri. Saya fikir Internet dapat merubah hidup, dengan segala ilmu dan skills yang ada ia mampu memberi pendapatan yang cukup menguntungkan.

Bagi mereka di luar sana, arena Ebiz Malaysia masih belum tepu.. masih banyak ruang dan peluang untuk dimanfaatkan sebanyak-banyaknya.. Pelbagai kisah kejayaan usahawan Internet tempatan disebarkan dari hari ke hari.. semua ini lebih teruja jika anda berjaya dalam niche ebiz sendiri.

Takut untuk buat Ebiz adalah normal... tapi adalah lebih baik anda berani untuk mengatasi perasaan takut itu dan jadi di antara mereka yang berjaya dalam perjuangan Ebiz ini. Jika anda berjaya menjual produk atau servis walaupun untungnya RM1.00 di Internet maka ia sudah cukup sebagai batu loncatan untuk mendapatkan untung RM1juta pertama dari Internet..

Semuanya tak mustahil...

Apa yang penting adalah anda perlu berani dan yakin dengan diri sendiri.. Berusaha dan belajar dari hari ke hari untuk mencapai impian dan cita-cita. Selain itu, kita boleh belajar daripada pengalaman mentor dan mereka yang telah berjaya... Hampir semua mentor2 saya semuanya pernah gagal.. Pernah rugi beratus ribu ringgit lebih banyak dari saya tetapi berjaya jadi jutawan dan hartawan kerana keberanian dan kecekalan mereka.

Oleh itu perlu set dalam minda anda untuk jadi lebih berani.. lebih berani daripada pahlawan di medan perang... dengan itulah barulah anda dapat mengalahkan perasaan takut itu yang menghalang anda daripada mencapai kemenangan.. Jika kita fikirkan kita boleh.. maka kita akan boleh melakukannya... doakan yang baik-baik untuk diri sendiri... moga kita akan berlapang dada dalam kehidupan serta menjadi lebih berani untuk menempuh apa jua cabaran mendatang...

 


Add as favourites (29) | Quote this article on your site | Views: 313

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Thursday, 04 December 2008 )
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?
Belum jadi ahli? Daftar Sini

Ahli Terbaru

4mula7
(2009-01-07 17:21:51)
zairie_db
(2009-01-07 17:05:41)
mankim
(2009-01-06 20:39:37)
JulianW
(2009-01-06 18:53:47)
miss zai
(2009-01-06 17:37:44)
abeys
(2009-01-06 15:53:17)
my_thio
(2009-01-06 11:30:39)
pyanmtd
(2009-01-06 11:29:16)
hamkha
(2009-01-05 17:11:14)
pellefant
(2009-01-05 16:33:10)
stanleyelvin
(2009-01-04 22:21:32)
alel
(2009-01-04 20:37:46)
edyfinites
(2009-01-04 04:54:34)

Subscribe RSS

Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design