Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Self Motivation arrow Time Management, Pengurusan Masa ?
Time Management, Pengurusan Masa ? PDF Print E-mail
Written by code7   
Tuesday, 22 July 2008
Dulu lecturer saya memang agak strict sket bab timing nih. Macam orang Jepun, pukul 3 start class maknanya kol 2 dah ada. Sejam awal dan cukup berdisiplin dalam soal waktu ini. Begitu juga dengan beberapa client B2B saya yang ala-ala corporate people nih. Terutamanya mat saleh dan foreigner yang mahu lihat sampel design website on time, dan siap pada waktu yang dijanjikan. Saya memang terdidik dengan sikap berdisiplin tambah lagi bila serius dalam soal bisnes.

Mengenai pengurusan masa, saya memang suka bangun awal pagi. Suka mulakan kerja seawal subuh hari kerana memang ada hadis sohih yang jelas menerangkan bahawa banyak rahmat rezeki yang ada pada awal pagi. Dedulu saya sering didengarkan ungkapan 'early bird always get the worm'.. Biasanya burung keluar awal pagi kerana senang dapat makan ulat yang aktif di waktu itu. Rasanya ini bukan sekadar bicara kosong semata, malah banyak haiwan dan tumbuhan lain juga memberi respons positif pada waktu awal pagi.
 
Dari segi manusia, pengurusan masa yang baik akan memberi kesan kualiti hebat pada hidup seharian. Memang kita dikurniakan 24 jam sehari untuk menguruskan masa dengan baik, malah lebih menarik dalam Islam kita perlu melaksanakan solat 5 waktu yang memang terbukti baiknya dari segi sains dan juga kesihatan. Solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya sudah menggambarkan betapa Islam ini mementingkan soal pengurusan masa. Dengan menunaikan solat kita sudah menegakkan tiang agama, sudah menjalankan kewajipan muslim/muslimat, seterusnya menjadikan seseorang itu yakin dengan rahmat dan rezeki tuhan.

Bila kita berdisiplin dalam soal solat, sudah tentu kita akan menjaga soal kemanusiaan pula. Orang muslim yang benar-benar beriman tidak akan membazirkan masanya untuk perkara-perkara yang lagha atau melalaikan. Misalnya keluar berdating dengan pasangan yang belum sah atau belum dinikahinya. Maupun ber'sms' atau bergayut sehingga menghabiskan kredit beratus ringgit. Ataupun melepak tak tentu hala di merata tempat sehingga masa terbuang begitu sahaja.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin menguruskan masa dengan baik. Peruntukkan masa untuk kegiatan yang bermanfaat dan mengurangkan kegiatan yang merugikan. Misalnya peruntukkan masa untuk :

1. Waktu solat
2. Waktu kerja/bisnes/belajar/appointment/task
3. Waktu mengurus soal rutin (diri sendiri/rumah/family/anak)
4. Waktu membaca info berfaedah
5. Waktu membuat eksperimen/kajian/hobi
6. Waktu rehat/santai
7. Waktu ziarah/bersosial/aktiviti masyarakat
8. Lain-lain yang dirasakan sesuai
Apapun dalam mengurus pelbagai urusan kehidupan, anda kenelah ada 'organizer' atau 'diary' untuk mencatit butir-butir penting supaya tidak terlupa. Saya sering gunakan organizer ini untuk mengurus soal dateline, meeting maupun lain-lain aktiviti supaya tidak kelam kabut di kemudian hari.

Optimumkan masa dan mininumkan pembaziran masa !

Biasanya anda boleh jadi orang yang berjaya apabila menguasai taktik 'master the art of time' sptmana yang mentor saya ajar. Sesetengah orang mungkin mengambil masa yang lama untuk membangunkan website ebiz, namun anda boleh buat kerja tersebut dengan singkat sekiranya sudah ada kemahiran sendiri. Di sini sudah boleh jimat masa bincang soal web, anda boleh buat keputusan sendiri dan fokus kepada soal marketing strategy lebih mapan.

Dalam soal bisnes, segalanya adalah mengenai keefisienan kita menggunakan sumber. Tak kiralah soal masa ataupun soal kewangan. Semuanya melibatkan kecekapan.

Apabila salah satu aspek spt masa kita mampu jimatkan masa bekerja dari 8 jam kepada 3 jam kerja tetapi hasilnya hebat dan sama. Maka kita sudah menguasai teknik yang saya sebutkan tadi. Mana lagi bagus, kerja 3 jam ataupun kerja 8 jam sehari ? Hasilnya sama saja. Ini satu kelebihan.

Ada banyak lagi teori yang dikemukakan dalam bab time management ini. Namun asasnya adalah anda perlu terlebih dahulu berdisiplin. Usah pandang enteng dengan masa yang ada, kalo boleh laksanakan kerja dengan baik dan tepat pada masanya, atau minimumkan pembaziran masa dengan perkara tak berfaedah sebaliknya maksimumkan masa dengan pelbagai perkara yang bermanfaat...

p/s: Hari ni saya memaksimumkan masa sebaik mungkin dengan pelbagai aktiviti termasuk soal client/customer, meeting di DBKL pasal KL City Plan, finalizekan product terbaru, bersosial dan menambah kenalan dalam goverment/private sector, sempat masak lunch sendiri serta berehat bersama family. Esok pulak rutin yang berbeza dan seronok apabila mempunyai schedule yang sistematik !

Add as favourites (17) | Quote this article on your site | Views: 293

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?
Belum jadi ahli? Daftar Sini

Ahli Terbaru

shah
(2008-08-20 22:57:34)
yaamri
(2008-08-20 18:22:02)
cayangfizah
(2008-08-20 15:47:18)
Fahriza
(2008-08-18 16:21:32)
asidburn
(2008-08-17 21:39:15)
rauzan
(2008-08-17 00:23:04)
mahamad bin mahamud
(2008-08-16 14:17:40)
ayujour
(2008-08-15 20:38:03)
wanzin7
(2008-08-15 12:48:23)
rushbiru
(2008-08-14 19:43:13)
nazspengkid
(2008-08-14 15:44:43)
shayx
(2008-08-14 15:38:44)
akuzaliza
(2008-08-14 12:33:39)

Subscribe RSS

counter

Web Stats

 
Top 3 Browsers
 
  • 56,00%MS IE
  • 30,93%Firefox
  • 3,83%unknown
 
Top 3 Operating systems
 
  • 93,28%Windows
  • 4,00%unknown
  • 1,89%Linux
 
Top 3 Robots
 
  • 68,00%Yahoo!
  • 4,46%Googlebot
  • 5,26%MSNBot
 
Top 3 Countries
 
  • 92,54%United States
  • 1,66%China (People's Republic of China)
  • 2,35%Great Britain
 
Top 3 Languages
 
  • 83,58%English
  • 1,43%Chinese
  • 3,26%Malay
CD GRAFIX LIMITED EDITION
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design