|
Just simple saja posting saya kali ini. berkaitan dengan masa.. Sejak saya balik daripada Genting View Resort Pahang, secara berperingkat saya cuba memaksimumkan penggunaan masa itu sebaiknya. Ini kerana dalam hidup, manusia banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak produktif seperti berborak tak henti-henti sama ada dalam telefon, di kedai kopi mahupun di Internet. Bukan semua perkara berborak itu tidak produktif, tetapi hampir 70% kita membazir masa dengan aktiviti sedemikian sehingga kerja atau projek tidak siap pada waktunya.
Bagaimana kita mengurus masa dengan baik dan sistematik ? Saya pernah dedahkan 8 jenis peruntukan masa dalam seharian boleh dipraktikkan. Serta penggunaan diary atau organizer dalam menetapkan schedule sesuatu project atau appointment kerja. Namun 1 lagi bahagian 'Time Management' atau pengurusan masa yang saya pelajari ialah bagaimana kita membahagikan tugas atau kerja dengan sistematik bagi mengelakkan pembaziran masa. Antaranya ialah Teknik Task Priority yang mengandungi 4 elemen utama iaitu : - Urgent and important (Task Category 1)
e.g. - kerja/project dateline terdekat yang perlu disiapkan untuk client. - Not urgent but important (Task Category 2)
e.g. - menilai prestasi overall company dalam tempoh 4 bulan (3 kali setahun) - Urgent but not important (Task Category 3)
e.g. - membantu 'paperwork' kawan yang tidak berkaitan dengan kerja kita. - Not urgent and not important (Task Category 4
e.g. - saja berborak-borak dalam YM atau Google Talk sehingga kerja tak siap. Dengan mengkategorikan task kerja atau aktiviti kita seharian rasanya sudah memastikan hidup kita lebih terurus dan bersistem. Ia sebenarnya 1 rahsia bagaimana para CEO dan ahli-ahli politik hebat dunia mempunyai masa untuk perkara penting dan yang mana perlu diutamakan. Teknik Task Priority merupakan salah satu elemen Time Management yag perlu dipraktikkan sebaik mungkin supaya kita tidak membuang masa begitu sahaja. Sesaat yang berlalu takkan kembali walaupun anda seorang billionaire sekalipun x dpt menebusnya sesaat yang hilang ! Oleh itu sama-sama kita mengurus masa dengan bijaksana & efisyen, jadikan hidup ini lebih produktif di samping menuntut ilmu lebih banyak agar menjadi insan yang lebih bermanfaat.. p/s: Baru je lepas update Gantt Chart untuk projek 2009 dengan SmartDraw sebab salah satu project website iaitu JomBuatDuit.Net dah siap !! Add as favourites (161) | Quote this article on your site | Views: 3800
|
- Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
- Personal verbal attacks will be deleted.
- Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
- Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
- Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
|
|