Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Self-Motivation arrow Usah dimanjakan.. kata mentor..
Usah dimanjakan.. kata mentor.. PDF Print E-mail
Written by code7   
Thursday, 31 July 2008
Kebanyakan orang-orang yang berjaya terpaksa menempuh pelbagai cabaran, keperitan dan kesusahan sebelum berjaya. Ini diakui oleh salah seorang mentor saya yang merupakan Jutawan yang cukup low-profile tetapi mempunyai company sendiri dengan aset hartanah berjuta-juta. Cerita beliau di awal pembabitannya dalam bisnes bermula dengan 'zero'.. datang ke Lembah Klang pasca merdeka dengan hanya berbekalkan semangat, keazaman, merasai keperitan dan adakalanya cerita pengalaman beliau cukup sedih dan perit jika diimbau kembali.. Saya rasa sukar nak jumpa mentor sebegini hebat dengan gaya yang low-profile di samping network sehingga menjadi kenalan Perdana Menteri.
 
Kata beliau, saya ni terlalu 'dimanjakan'.. sebab itu tidak terasa erti sebenar kesusahan. Mmg betul, selama ini saya berada di safe-zone (zon selamat) dengan pelbagai aspek melimpahruah tetapi sentiasa rindukan suatu kelainan. Sebab itu saya kini suka mencari kawan yang jauh berusia.. Umur mentor saya lebih 60 tahun, anak dia sebaya saya.. Tapi yang membezakan saya yang muda ini sentiasa mahu belajar dari orang tua yang terlebih makan asam garam dari kita.

Saya tidak ambil kisah ttg harta atau kekayaan kawan-kawan, sebaliknya dahagakan ilmu dan pengalaman yang cukup berharga sebagai bekalan masa depan. Tambah mentor saya, nak berjaya kene kenal erti susah.. Kalo asyik dimanjakan sukarlah nak tempuh halangan/cabaran yang mendatang.

Sementelah itu, attitude orang yang berjaya ini sentiasa berani dan yakin dengan matlamat mereka. Mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan usaha dedikasi cukup hebat. satu lagi attitude khusus untuk mentor saya ni jenis yang kuat menolong orang. Saya percaya pada yang beliau menolong permudahkan urusan orang, Allah akan tolong kembali permudahkan urusan kita pula. Itu satu jenis keberkatan yang ada padanya.

Insyaallah hujung minggu ni saya bersama Mentor bertandang ke dusun buah beliau di Ulu yam untuk 'membedal' segala buah durian dan mangga yang ada di sana. Saya dah plan untuk memuatkan beberapa guna durian dalam kete. hehe.. Apapun nanti saya akan letak gambar sekiranya berkesempatan. Perjalanan ini masih baru bermula.. harap semuanya akan menjadi seperti yang dirancangkan.. :)

Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 519

  Comments (1)
RSS comments
1. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 16-08-2008 11:58 , IP: 60.52.24.180
Tahniah code7 kerana menjumpai mentor yang betul2 membantu anda. 
 
Saya pun seperti anda, dahagakan ilmu kejayaan dan tidak hiraukan pada berapa banyak kekayaan yang seseorang itu ada. Yang penting adalah ilmu dan pengalaman kerana ia tidak boleh hilang mahupun dicuri. 
 
p.s: boleh rekemenkan mentor2 yang terbaik tak code7  
 
:grin

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Thursday, 31 July 2008 )
 
< Prev   Next >
CD GRAFIX LIMITED EDITION
klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design