|
VIDEO : The Secret Riches Visualization Tool |
|
|
|
|
Written by code7
|
|
Thursday, 05 June 2008 |
Your wish is my command...
Untuk berjaya dalam hidup adalah penting untuk kita fikirkan secara positif mengenai masa depan.. Ia merupakan doa.. dan sebab itulah jangan main-main dengan doa... Your wish is my command... bak kata jin Aladin... namun bagi orang Islam bila berdoa tu mintalah perkara-perkara positif. Walaupun ada yang tidak baik namun doalah moga diberi penyelesaian dan dipermudahkan urusan.. Namun dalam sedutan Video The Secret karya Rhonda Bryne kali ini lebih kepada peringkat 'visualization' iaitu menvisualkan kekayaan yang bagaimana yang anda mahukan.. Jutawan siber Malaysia seperti Sen Ze secara praktikalnya telah mengadakan Life's Changing Party untuk mengaplikasikan konsep The Law of Attraction.. Di dalam program itu kita diajar bagaimana untuk 'visualize' masa depan anda, bagaimana mencipta peluang networking, bagaimana ia akan secara automatik menjana idea-idea kekayaan, bagaimana ia memberi peluang untuk melipatgandakan kekayaan, mengajar kita bagaimana untuk bertindak (action) dengan berkesan dan pelbagai lagi tip-tip hebat.
Konsep The Law of Attraction dalam video The Secret ini cukup menggemparkan dunia.. Saya hampir 3 kali mengulang DVD The Secret untuk menambahkan motivasi dari masa ke semasa.. Dan setiap kali saya lihat, berbeza pemahaman dan idea bru sentiasa muncul... ia seolah-olah ada magic.. Saya cuba bayangkan 3 tahun dulu berbanding sekarang... Saya tak sangka rupanya saya sudah capai satu tahap yang cukup memberangsangkan sekarang.. Dan saya cuba bayangkan 3 tahun hadapan lebih baik daripada sekarang.. Penting untuk kita visualize impian bagi memastikan setiap hari kita mempunyai 'target' yang perlu dicapai.. Ada 'action' yang perlu dibuat untuk merubah masa depan sendiri. Secara automatik ia akan 'menjadi' ...
Selain itu cara kita berfikir secara positif membolehkan kita mencapai matlamat dengan lebih mudah berbanding dengan berfikir secara negatif. Macam slogan Malaysia Boleh ! , Fikirkan Boleh ! semuanya idea-idea The Law of Attraction... Saya percaya akan capai apa yang diimpikan dengan visualization technique ini. Anda bagaimana ?
Add as favourites (58) | Quote this article on your site | Views: 860
Only registered users can write comments. Please login or register.
|
|
Last Updated ( Thursday, 05 June 2008 )
|