Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Umum arrow Berhenti membazir, gunakan alternatif !
Berhenti membazir, gunakan alternatif ! PDF Print E-mail
Written by code7   
Thursday, 24 July 2008
Selalunya awal pagi saya baca paper.. tak kiralah paper melayu atau english. Oleh kerana senario negara sekarang media dikuasai oleh sesetengah pihak yang mengenepikan beberapa elemen ketelusan maka saya 'stop' aktiviti membeli paper-paper sedemikian. Ini termasuklah paper 'mainstream' dan sebagainya yang kadang kala menimbulkan lebih banyak mudarat daripada manfaat.
 
Namun saya tetap baca percuma di Internet, mendapatkan berita percuma dan cuba membaca yang lebih positif. Kenkadang paper membuatkan rakyat lebih 'emosi' daripada rasional. Kita perlu melihat dunia ini dalam keadaan mempunyai sebab-sebab tertentu dan mentafsirkannya untuk mencari solution dan bukanlah mengetengahkan pandangan-pandangan yang menghancurkan. Sebab itu saya rasa tidak berbaloi membeli paper yang terlalu 'bias' dan tidak mencerminkan kualiti 'journalism' serta etika kewartawanan yang sebenarnya.

Tidak membeli paper sedemikian saya rasa ia merupakan satu langkah penjimatan. Jimat duit dan juga jimat perasaan.. Kalau boleh kita perlu mencari alternatif lain yang lebih praktikal buat ummat ini.

Kemudian awal pagi saya suka breakfast di tempat warung peniaga² Melayu, bukan di McD ataupun KFC.. Cuba mengurangkannya kerana di samping membantu masyarakat marhean Melayu berniaga kita juga dapat jimat lebih banyak duit dengan makanan yang lebih serasi dan tradisi. Mmg saya agak minat bubur ayam McD dan KFC, tapi sekarang ni makanan sebegitu banyak 'preservative' tambahan pewarna dan perisa mungkin membahayakan kesihatan. Lagipun apa salahnya makan di warung nasi lemak yang lebih murah dan sedap juga.

Inflasi bagi jun 2008 telah meningkat sehingga 7.7% ini merupakan kenaikan terbesar sejak 26 tahun negara Malaysia wujud. Sudah tiba masanya untuk kita banyak menyimpan daripada 'spending' tidak tentu hala. Kita gunakan alternatif yang ada untuk kebaikan hidup seharian, mungkin selepas ini kita perlu boikot Astro kerana ia hanya mengenyangkan tycoon bukan Islam yang telah lama memonopoli bidang penyiaran berbayar Malaysia, tapi setakat ni tiada alternatif selain Astro di kalangan tycoon bumiputra.. Ia perlu diwujudkan bagi mengurangkan monopoli sesatu pihak sahaja.


Add as favourites (48) | Quote this article on your site | Views: 646

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
 
< Prev   Next >
CD GRAFIX LIMITED EDITION
klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design