|
Fatwa hukum ASB & ASN adalah harus ! |
|
|
|
|
Written by code7
|
|
Monday, 04 February 2008 |
Nampaknya Majlis Fatwa Kebangsaan yang berlangsung semalam telah memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah harus. Boleh rujuk artikel Utusan untuk lebih lanjut. Ini satu berita baik untuk ummat Islam Malaysia melangkah setapak lagi untuk membuat pelaburan bijak. Selain daripada ASN/ASB unit trust seperti Public Mutual spt Public Ittikal Fund juga bagus untuk dipertimbangkan kerana ia juga berlandaskan syariat. Saya rasa kini kita tak perlu meragui status ASN/ASB lagi kerana sering diperdebatkan sejak saya masih di UM 1999 - 2004 lagi. Ini berkemungkinan pihak PNB telah membuat dasar perubahan dengan membuat pelaburan di tempat yang halal demi kepentingan pelabur-pelabur Islam. Oleh itu peluang inilah kita boleh wat pelaburan daripada membiarkan lebihan wang begitu sahaja.. manfaatkan apa yang telah tersedia untuk anda..
Add as favourites (243) | Quote this article on your site | Views: 14927
1. Menabung Merancang Masa Depan yang Terja Written by eweres , on 26-02-2012 22:31 , IP: 60.54.51.93 Assalam: sesungguhnya menjauhi syubhat itu lebih baik. Berusahalah kita menjadi lebih baik.PAsti ada sebab mengapa ia haram. visit: http://pelabur.blogspot.com/ |
2. ASB Harus. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 06-12-2010 13:09 , IP: 123.136.101.201 Salam, Pada saya, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa ianya harus. Yakni buat atau tak buat, tak dapat apa2 (pahala/dosa). Sbb ada sebahagian kecil tak ikut syariah sbb tuh harus kut, kalau tak mungkin jatuh "sunat" sbb actually ia membantu ekonomi org islam secara keseluruhan. Hujah yg dipakai adalah Mashalat. Saya pun tak tau camna nak comment. Tapi, kalau Panel Majlis Fatwa kebangsaan (Mewakili Negara Malaysia) dah cakap camtu, saya ikut jer. Sama macam bila Aidil Fitri dan Aidil Adha yg berbeza ni negara berbeza. Pemerintah akan menanggungnya. |
3. Komen tentang ASB & ASN Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 19-11-2009 16:28 , IP: 218.208.11.121 Salam, Tentang fatwa keharusan atau pengharaman ASB & ASN, saya berpendapat berdasarkan pada hujah dan pandangan para ulamak termasuk fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.. Sebenarnya amanah saham itu sendiri tidak haram.. tetapi yang dipersoalkan ialah sistem dan bagaimana saham tersebut diinvestkan yang menjadi persoalan. Banyak keraguan dalam kedua-dua amanah saham ni. Jadi seelok-eloknya, kita jauhilah perkara syubhat. Sesiapa yang jatuh dalam perkara syubhat, dia telah jauh dalam perkara haram. Oleh itu, saya bepegang kepada pandangan ulamak yang mengatakan bahawa ASB dan ASN adalah haram. |
4. Betul ke? Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 21-10-2009 13:03 , IP: 202.162.16.2 Saya tertarik berkenaan dengan isu ini. Tapi saya lebih prefer kalau kita benar-benar yakin nak invest ke ABS or ASN. Sebabnya, Suruhanjaya Securities menyatakan dana-dana ASB & ASN tidak patuh syariah. So, apa kata kita semua tengok apa fungsi Suruhanjaya Securities nie... p/s: Sekadar berkongsi setitis ilmu yang ada |
|
- Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
- Personal verbal attacks will be deleted.
- Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
- Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
- Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
|
|
|
Last Updated ( Friday, 07 March 2008 )
|