Artikel
Umum
Ketidakstabilan politik mengancam perkembangan ekonomi negara | Ketidakstabilan politik mengancam perkembangan ekonomi negara |
|
|
|
| Written by code7 | |||||
| Monday, 19 May 2008 | |||||
|
Terlalu banyak isu-isu berkaitan politik kini semakin kronik, dan pasaran saham pun tidak stabil dan sering menimbulkan kegusaran keyakinan terhadap pasaran Malaysia. Ini tidak bagus untuk para peniaga besar atau kecil, syarikat-syarikat korporat, seluruh agensi yang terlibat dalam pemacuan ekonomi Malaysia akan merasa tempiasnya nanti. Saya tidak merasakan perkembangan positif dapat dibuat dalam masa terdekat ini kerana kestabilan politik tidak begitu baik berbanding beberapa bulan lepas. Kenaikan harga beras dan terbaru kenaikan harga ayam merupakan indikasi kukuh bahawa inflasi Malaysia sedang meningkat naik. Inflasi bermakna rakyat hilang kuasa membeli lebih dengan kadar yang sedia ada ! Saya berdoa moga masa depan Malaysia akan lebih baik.. Harapan rakyat mahukan nasib yang terbela. Saya harap kita semua akan lebih meneliti kebajikan rakyat, untuk generasi muda kita yang memerlukan kestabilan dan pemerhatian lebih daripada kerajaan dan pelbagai pihak. Saya mahu anak-anak kita nanti akan mempunyai hidup yang bermakna. Inflasi yang rendah, masa depan pendidikan yang cemerlang, pembentukan minda dan intelektual yang positif, keadaan iklim cuaca yang sihat, bersih dan tenang tiada pencemaran. Jika ini yang difikirkan sepatutnya sudah dilaksanakan untuk masa depan generasi kita ! p/s: Respons dari insiden Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO seperti mana mantan Presiden UMNO sebelum ini iaitu Dato' Onn Jaafar.. kini sejarah berulang lagi ! Add as favourites (39) | Quote this article on your site | Views: 908
Only registered users can write comments. |
|||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |