Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Umum arrow Memenuhi citarasa pelanggan..
Memenuhi citarasa pelanggan.. PDF Print E-mail
Written by code7   
Tuesday, 06 November 2007
Dalam sesuatu bisnes tiada apa yang penting selain daripada pelanggan itu sendiri. Tiada pelanggan, tiada jualan, tiada bisnes dapat dilaksanakan ! Simple saja persamaannya.. Saya bebaru ini dalam keadaan fully exhausted krn fokus kepada beberapa design DTP (desktop publishing) termasuk backdrop yang sebesar 20 kaki. Beberapa kali design diubah dan ia mcm melalui proses penelitian tinggi sebelum melalui proses akhir printing.
 
Menjadi seorang DTP artist mmg mencabar, ia bukan sekadar bermain dgn photoshop malah ia turut membelai vector graphic dengan adobe illustrator.. Agaknya bahasa ini hanya designer saja yang mampu paham. Medium printing tidak sama dengan medium online seperti website. Kalo DTP ia memerlukan format CMYK dan 300dpi resolution. Lagi tinggi lagi sharp & clear. Manakala bagi web ia hanya sekadar 72 dpi dan format RGB di mana kebanyakan printer biasa mcm inkjet boleh proceed ikut color RGB.
 
Nak dijadikan cerita, saya mempunyai 3 jenis workstation yang mana laptop salah satunya juga powerful utk buat DTP, bila print keluar color tak match dgn monitor (printer inkjet tak sama dgn printer skala besar cmyk) maka saya bawa laptop tu gi jumpa client dan menunjukkan color yang bagaimana diperlukan. Memenuhi citarasa client adalah paling utama, kenkadang tak boleh abaikan sedikit pun keinginan mereka. kalo purple jadi purple yang perlu buat bukannya pink atau green.. Apabila mereka puas hati barulah ia akan jadi yakin dgn kerja kita. Mungkin di masa hadapan ia akan kembali dengan pelbagai projek yang besar... Ini dipanggil loyalty customer atau repeat customer.
 
Tak kiralah dalam medium bisnes offline mahupun online apa yang penting adalah customer satisfaction. Bila ada kualiti ini maka kita akan ada repeat/loyalty customer yang sentiasa datang pada bila-bila masa. Orang yang pernah berurusan dengan kita lebih cenderung utk mendapatkan nasihat dan pandangan di masa hadapan ttg projek² yang lebih kurang sama. Misalnya saya buat website company juga menerima pandangan soal konsep design buku annual report, brochure, poster dan sebagainya.. Ada ruang yang boleh dimanfaatkan selagi kita mendapatkan keyakinan pelanggan pada tahap yang terbaik..

Add as favourites (51) | Quote this article on your site | Views: 829

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
 
< Prev   Next >
Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design