|
10 Website Add-Ons yang boleh tingkatkan trafik web anda |
|
|
|
|
Written by code7
|
|
Tuesday, 23 October 2007 |
|
Meminjam kata-kata multi-billionaire Bill Gates.. Content is King.. Begitulah metafora yang boleh digunakan pada sesebuah website yang digemari ramai. Apabila content web atau isi kandungan laman berkualiti dan kaya dengan informasi sudah tentu ia akan sentiasa dilawati setiap masa. Saya share beberapa tips yang simple untuk tingkatkan web trafik anda dengan percuma.
- Letak forum board atau shoutbox. Ia membolehkan interaksi dilakukan dengan lebih baik yang mana berkemungkinan pelawat ingin mengemukakan soalan dan orang lain boleh menjawabnya.
- Letakkan direktori web yang membolehkan orang lain letakkan link web mereka. Ia sebagai salah satu promosi dan berkemungkinan pelawat berminat untuk melayari web yang ada kaitan dengan minat dan hobi mereka.
- Letakkan artikel menarik dalam website dan update selalu supaya pengunjung lebih kerap datang untuk dapatkan maklumat terbaru.
- Letakkan arkib e-zine anda supaya dapat dilawati oleh sesiapa sahaja yang terlepas isu e-zine yang lama. Ia ibarat majalah lama yang boleh di'recycle' semula.
- Letakkan ebook percuma di dalam website dan pelawat akan download, study dan membaca resource tersebut.
- Letakkan galeri gambar kerana ia adalah antara daya penarik perhatian yang cukup bagus bagi 'menghidupkan' website anda.
- Bubuh video atau audio berkaitan apa-apa isu yang menarik dikongsi bersama. Mungkin video lawak, hiburan atau ilmiah yang dapat membantu orang ramai.
- Letakkan laman 'about us' di dalam web anda kerana pelawat cenderung mengetahui siapa di belakang tabir dalam pembinaan web anda.
- Letakkan classified ads percuma supaya pengunjung anda boleh mempromosikan tawaran mereka serta membolehkan orang lain melihat tawaran menarik di dalam web anda.
- Letakkan polls/vote system untuk membolehkan pelawat membuat undian terhadap apa jua isu yang dapat menarik perhatian semasa.
Add as favourites (176) | Quote this article on your site | Views: 1242
Only registered users can write comments. Please login or register.
|