Artikel
Web Development
Joomla sebagai platform web paling mudah | Joomla sebagai platform web paling mudah |
|
|
|
| Written by code7 | ||||
| Thursday, 01 November 2007 | ||||
|
Sejak beberapa hari sibuk sikit dengan project design, hari ni saya nak sentuh sikit mengenai CMS Joomla yang mana boleh dijadikan platform web anda untuk apa jua tujuan. CMS Joomla ni merupakan aplikasi web yang pasang siap dan mudah digunakan. Yang menariknya ia percuma dan mempunyai banyak fungsi yang best berbanding web static HTML. Contoh web Joomla ialah web RahsiaEbiz.Com yang anda layari ini. Sepanjang jadi webmaster, saya dah cuba memacam jenis CMS script seperti PHPBB, PHPNuke, Nvolution. Wordpress, Drupal, Mambo dan banyak lagi. But yang dapat saya simpulkan, Joomla merupakan clone Mambo yang telah di'reengineered' oleh byk programmer seluruh dunia menjadikan ia CMS yang popular dan dianugerahkan sebagai Best CMS Awards 2007 .. ia telah mengalahkan Drupal, E107 dan Phpnuke. Dengan pelbagai extension, plugin dan component membolehkan web Joomla ini menjadi serba boleh sama ada mempunyai fungsi sebagai web blog, gallery, downloads system, membership site, guestbook, forum, article, directory system, polls/vote serta pelbagai lagi jenis sistem termasuklah admin panel yang friendly bagi generasi Joomla 1.5 Bagi mereka yang masih tercari-cari cara nak buat web yang pantas dan murah boleh cuba guna Joomla. Saya rasa ia boleh jadi web blog + membership site yang mempunyai nilai-nilai marketing yang cukup bagus. Bayangkan anda ada 3000 ahli berdaftar di site Joomla anda dan boleh hantar email atau ezine percuma mengikut schedule menjadikan ia satu bentul viral marketing yang cukup murah dan berkesan. Pada masa tu sure tak perlu buang duit lagi utk tujuan iklan di tempat lain kerana anda mempunyai list ahli yang berpotensi untuk menjana keuntungan. Selain itu, Joomla memudahkan anda menghias grafik dengan install template sahaja. Ada yang memberi template secara percuma dan cantik di www.joomlaos.de , www.joomla24.com , www.joomla-templates.com , www.joomlajunkie.com dan banyak lagi. Terdapat beratus jenis component yang boleh jadikan site Joomla anda lebih dinamik dan berfungsi dengan pelbagai aplikasi yang boleh didapati secara percuma di http://extensions.joomla.org atau di www.joomlaresource.com Dengan peluang percuma dan mudah ini boleh kita manfaatkan utk buat Ebiz atau buat web dengan pantas tanpa memerlukan khidmat webmaster atau programmer lagi. Ini satu ruang dan peluang besar bagi mereka yang mahukan jimat kos. Kini nak buat shopping cart guna Joomla pun boleh asalkan anda mendalami manual component VirtueMart dan start buat kedai maya anda sendiri dengan beberapa clicks sahaja. Cuma sekarang ni dapatkan domain dan paid hosting yang ada fungsi Cpanel seterusnya install je CMS Joomla dengan mudah sebagai platform web anda. Ia satu permulaan yang mudah, Joomla boleh jadi blog dan medium bisnes yang menguntungkan. Saya sudah buat bisnes dalam arena open source Joomla ini sudah lama antaranya client TelagaBiru Sdn Bhd & Akademi YPEIM . Menjadi consultant kepada mereka adalah yang terbaik untuk mengurangkan kos develop laman web kerana tidak memerlukan programmer lagi. Cukup dengan memberi solution mudah ia lebih menguntungkan semua pihak. Sekiranya anda ingin menjadikan web anda serba boleh pada kos yang lebih menjimatkan, Joomla adalah pilihan yang terbaik ! Add as favourites (67) | Quote this article on your site | Views: 1334
Only registered users can write comments. |
||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Sep.16 | |
| Mar.25 | |
| Mar.25 |