Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Web Development arrow Software & tools penting yang selalu webmaster guna..
Software & tools penting yang selalu webmaster guna.. PDF Print E-mail
Written by code7   
Tuesday, 09 October 2007
Apa yang webmaster biasa guna dalam kerja bisnes mereka ? Saya mengenali beberapa nama pro-webmaster & graphic artist Malaysia seperti Muidlatif, Faizal Riza, Elhirud, Baung, Riz dan banyak lagi sifoo² melayu yang mungkin tak dapat nak listkan kesemuanya. saya juga tidak terkecuali setelah sekian lama cuba mendalami dunia kewebmasteran bersama company Softhands yang mmg banyak memberi pengalaman dan panduan berguna.
 
Bagi memudahkan manusia yang bergelar webmaster ni buat kerja anda perlu ketahui penggunaan beberapa software & tools yang amat penting. Antaranya ialah :

1. Adobe Photoshop
Graphic editor paling famous di dunia selain GIMP. Kreativiti grafik sebenar bermula di sini..
 
2. Adobe Illustrator
Sesuai untuk grafik vector seperti logo, illustration, tracing etc.

3. Adobe Indesign
Sesuai kalo nak wat ebook yang cool, majalah atau DTP.

4. Microsoft Frontpage
HTML editor paling mudah dan cepat nak dikuasai

5. Dreamweaver
HTML/PHP/ASP/Dynamic editor yang paling professional

6. Swish @ Flash 8
Sesuai untuk mereka yang suka flash animation kat web. Buat flash banner pun bagus juga.

7. Sony Soundforge @ FL Studio
Sound editor/mastering/programming music yang banyak digunakan di studio.. kalo ada nak wat background sound sendiri bole try software ni. Kalo nak expert mcm Mike Shinoda LP boleh pakai ProTools.

8. Total Video Converter
Nak convert apa jua file multimedia dari mp3, wav, mpg, dvd, wma etc

9. Cpanel @ DirectAdmin
Mende alah ni wajib tau sebab hampir semua webmaster guna server platform linux dan menjadikan Cpanel/DirectAdmin sebagai pengurus hosting, email, database dan sebagainya.
 
10. Domain DeskLite Panel
Ni panel pengurusan domain name yang biasa saya pakai, nak tukar DNS atau servername record semua kat sini. Hatta nak 'invisible' whois record pun bole dgn free privacy protection. Anda boleh beli domain baru lebih mudah serta bayar guna paypal.

11. WS-FTP
Ini salah satu software penting. Tanpanya sukarlah saya nak update website. Ia memudahkan fungsi upload/download file dari localhost ke server atau sebaliknya. Terdapat lebih dari 20 jenis akaun hosting dengan berbeza username dan password yg saya guna dalam WS-FTP. So saya tak perlu bersusah payah untuk mengingatinya..

12. Rapidleech
Ni software istimewa saya selepas P2P diblock.. Malah torrent pun dah slow sekarang ni.. So pilihan yang saya ada adalah RapidLeech yang dapat download file dari server ke server dengan lebih cepat. File sebesar 50MB hanya dalam masa 3 minit saja. Kalah torrent dan P2P :)
 
13. Google Analytics
Ni tukang monitor web² yang saya buat.. Dia menganalize semua data pengunjung dan conversion rate utk saya perbaiki statistik dari masa ke semasa. Free pulak tu.. 

14. Web CEO @ Keyword Elite
Software ni untuk SEO strategy.. Nak tgk keyword yang sesuai atau optimize web bagi dapat ranking search engine yang bagus. Bagi yang buat adword mmg bagus guna Keyword Elite atau WordTracker
 
15. K-meleon browser
Ni browser kegemaran saya berbanding IE atau Firefox.. Ia berasaskan Gecko rendering engine yang digunakan dalam Firefox cumanya guna native Windows API bagi menjimatkan penggunaan memory resources berbanding Firefox yang tinggi.

16. Primo PDF
Cara paling cepat nak buat PDF adalah guna software PrimoPDF. Ia boleh tukarkan Microsoft Doc. kepada PDF dengan function print. Cepat, mudah dan percuma. 

17. Ulead Gif Animator
Guna software ni nak buat banner gif. Saya rasa ia lebih mudah dan pantas berbanding Photoshop Imageready. 

18. Free Link Cloaker Script
Sekiranya anda ada buat Ebiz dengan affiliate programme eloklah guna function free link cloaker script yang dapat mengelakkan aff. link anda dihijack.. Malah ia meringkaskan aff. link yang panjang kepada url yang lebih pendek dan eksklusif.
 
19. CMS Joomla @ Wordpress
Bagi mereka yang nak buat blog bole guna Joomla atau wordpress sbb ia leih mudah utk diinstall. Malah dengan joomla anda boleh letak byk function menarik spt galeri gambar, forum, download/repositry system, membership site, article directory dan sebagainya. Ia percuma sahaja, cuma beli template atau upah designer utk melawakan template web anda.. 

20. Adobe Premiere @ After Effect
Bagi mereka yang suka multimedia boleh buat video editing atau montage video dengan software ni. Member saya buat video corporate utk salah satu company hampir RM30k bagi video selama 5 minit. nak letak video menarik kat web pun boleh asalkan ia tak berat sangat. Gunakan After Effect utk kesan dan animation menarik bgai video anda.

21. 3DS Max @ Maya
Bagi animator inilah antara software yang biasa diguna.. Kalo anda nak buat 3D animation boleh guna software ni.. Contohnya macam imej 3D kereta, handphone, interior design, character atau produk² yang memerlukan dimensi berbeza. 

22. TurboDemo enterprise
Software ni memudahkan anda merecord screen movement PC anda. Teramat sesuai utk buat video tutorial atau tips mudah menggunakan warez, web & apa jua di PC anda. Boleh juga convert file powerpoint kepada flash video yang size lebih kecil.

23. iGoogle
Personalize page yang paling penting bagi saya kerana di sinilah segalanya Gmail, google reader, bookmarks, forbes, horoscope, blog, analytics, video dan sebagainya.

24. Google webmaster tools
Kat sini anda boleh hantar sitemap bagi web anda utk memudahkan Googlebot meng'index' web anda lebih cepat. Di samping tu kita leh tgk statistik, backlink, error doc, keyword dan lain-lain yang Google boleh bagi nasihat utk perbaiki mana² kelemahan.

25. Alexa.Com
Di sinilah tempat kita mengetahui web² yang terpopular dunia.

26. Notepad
Software paling cikai tapi cukup powerful untuk edit apa jua programming. Kenkadang lebih suka buka noptead daripada dreamweaver.

27. Autoresponder
Ada banyak jenis autoresponder boleh kita guna utk buat opt-in email serta kumpul list untuk marketing berulang kali (recycle marketing). Kebanyakan otai² guna Aweber.Com , Getresponse.Com , Sendfree.Com dan sebagainya. Bagi mereka yang baru berjinak boleh dapatkan free script kat Awake Autoresponder.

28. Winamp
Rasanya x perlu cakap banyak lagi kot.. mmg Winamp antara yang hot masa tgh buat keje dgr lagu MP3.

29. Google Adwords
Inilah agen pengiklanan di Search Engines yang paling mudah dan praktikal.

30. Palm Desktop
Oleh kerana saya selalu guna PDA Palm Tungsten, mmg kene snycronized semua calendar, task dan note supaya up to date dengan apa yang dibuat terutamanya project² web dan ebiz. Software palm Dekstop telah memudahkan kerja dan perancangan saya selama ini, malah boleh tgk perkembangan di mana jua tanpa perlu buka laptop.

Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 1373

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
Last Updated ( Tuesday, 09 October 2007 )
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?
Belum jadi ahli? Daftar Sini

Ahli Terbaru

4mula7
(2009-01-07 17:21:51)
zairie_db
(2009-01-07 17:05:41)
mankim
(2009-01-06 20:39:37)
JulianW
(2009-01-06 18:53:47)
miss zai
(2009-01-06 17:37:44)
abeys
(2009-01-06 15:53:17)
my_thio
(2009-01-06 11:30:39)
pyanmtd
(2009-01-06 11:29:16)
hamkha
(2009-01-05 17:11:14)
pellefant
(2009-01-05 16:33:10)
stanleyelvin
(2009-01-04 22:21:32)
alel
(2009-01-04 20:37:46)
edyfinites
(2009-01-04 04:54:34)

Subscribe RSS

Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design