Skip to content

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color green color orange color
Laman Utama arrow Artikel arrow Web Development arrow Tips Rekabentuk Laman Web - Part 1
Tips Rekabentuk Laman Web - Part 1 PDF Print E-mail
Written by code7   
Sunday, 06 April 2008
Rekabentuk laman web amat penting untuk memastikan pelanggan anda melihat kualiti 'produk' atau 'servis' anda pada tahap yang menyakinkan. Sekiranya anda sudah invest untuk promosi bagai nak rak so adalah lebih sempurna jika laman web anda juga mempunyai kadar tarikan yang hebat untuk meningkatkan kadar conversion rate iaitu kadar peratusan web visitor menjadi customer untuk produk/servis yang anda tawarkan.

Kini teknologi web sudah berubah.. 10 tahun dulu web tidak spt hari ini..masa tu belum ada yang berkonsepkan web2.0.. Design dulu pun taklah secantik hari ini.. So pendekatan untuk membangunkan laman web perlu ikut konsep, trend dan kesesuaian. Web blog tak sama dgn web corporate begitu juga minisite tak sama dengan web portal. Ada pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan dahulu.
 
Berita baiknya hari ini sudah banyak bandwidth dan speed internet semakin meningkat. Menjelang 2009 hampir 1 juta pengguna streamyx di Malaysia sudah mula menguasai 24 jam dunia internet. Ini menunjukkan minat mereka terhadap dunia internet dengan fungsi laman web yang lebih friendly dan unik pada kadar speed yang jauh lebih baik daripada dialup.

But.. ciri-ciri web yang simple masih jadi keutamaan untuk membolehkan mereka melihat web dengan mudah tanpa banyak songeh. Kenkadang tak semua pc/laptop ada plugin terbaru flash/shockwave/java dan sebagainya. Sbb itu jika website ada berasaskan jualan better gunakan konsep minisite seumpama brochure jualan dipaparkan pada mainpage dari atas ke bawah. Dan kalo boleh minimizekan grafik untuk permudahkan pengguna internet.

Amalkan konsep KISS (Keep It Simple Stupid) atau Less Is More yang mana menjadi konsep asas web yang saya gunakan selama ini. Konsep Less Is More anda boleh lihat di web minisite jualan saya yang membuat sales hampir puluhan ribu ringgit setakat ini dengan hanya 2 pages. Ia takda flash, tiada animated gif, tiada podcasting dan sebagainya yang heavy weight kerana fokus secara konvensional melalui grafik dan teks sahaja di samping sedikit online order form.

Satu lagi website yang mempunyai sistem autodownline sptmana yang saya buat untuk MyMode.Sefitrah.Com pada tahun lepas juga merupakan satu fenomena yang mana sistemnya membolehkan ahli VIP dapat downline percuma melalui referal ID mereka.

Rekabentuk webnya mmg simple, tapi kelebihannya adalah sistem PHP yang dynamic membolehkan ahli VIP melihat downline mereka yang telah aktif dan belum aktif. Dan juga mempunyai page VIP Area untuk mendownload bonus yang telah disediakan untuk mereka.

Dalam membuat website kita perlu melihat konsep terlebih dahulu. Misalnya bisnes MLM kena ada web yang ada sistem autodownline manakala untuk mengedar secara online melalui wakil berdaftar boleh gunakan sistem web affiliate. Konsepnya mmg berbeza dan memana pun boleh jadi mesin wang automatik bagi anda. Inilah kelebihan Internet Marketer dan jutawan siber dunia memanfaatkan web yang dynamic dan productive.

Saya rasa sistem web dan konsep memainkan peranan penting dan seterusnya adalah salesletter yang menarik. Kalo bahasa kucar kacir dan tidak teratur/silap ejaan banyak sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan kepada pelanggan. Web yang berkualiti dan menyakinkan adalah web yang bebas dari sebarang kecacatan ejaan ataupun bebas dari bugs (error). Bugs mungkin boleh timbul daripada code web programming anda ataupun dari segi compatibility browser. Kenkadang web kita tak sama rupabentuknya kalo dibuka dengan Microsot Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Anda kena berhati-hati dengan engine terbaru IE8 yang mana standard piawainya berbeza dengan IE7 begitu juga Mozilla Firefox yang mana mungkin ada perbezaannya... Just buat kajian dan percubaan dengan kedua-dua jenis browser ini untuk mengenalpasti ketidaksamaan.

Seterusnya berkaitan resolution screen dari 800x600 hingga 1280x1240.. Web anda perlu kelihatan 'stable' pada kedua-dua resolusi ini supaya tidak kelihatan senget/janggal terutamanya yang guna 'table' berbanding 'div' dalam CSS file.

Continue part 2... soon...

Add as favourites (76) | Quote this article on your site | Views: 1315

  Comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.




Did you enjoy this article? Please bookmark it onto:
Digg!Reddit!Del.icio.us!Spurl!Simpy!Newsvine!Blinklist!Furl!Fark!Blogmarks!Yahoo!Netvouz!RawSugar!Ma.gnolia!FeedMeLinks!BlinkBits!Tailrank!linkaGoGo!
 
< Prev   Next >

Login Ahli






Lupa Password?
Belum jadi ahli? Daftar Sini

Ahli Terbaru

4mula7
(2009-01-07 17:21:51)
zairie_db
(2009-01-07 17:05:41)
mankim
(2009-01-06 20:39:37)
JulianW
(2009-01-06 18:53:47)
miss zai
(2009-01-06 17:37:44)
abeys
(2009-01-06 15:53:17)
my_thio
(2009-01-06 11:30:39)
pyanmtd
(2009-01-06 11:29:16)
hamkha
(2009-01-05 17:11:14)
pellefant
(2009-01-05 16:33:10)
stanleyelvin
(2009-01-04 22:21:32)
alel
(2009-01-04 20:37:46)
edyfinites
(2009-01-04 04:54:34)

Subscribe RSS

Top

Download

Sep.16
Downloads
File20 Cara Jimat Duit
Mar.25
Downloads
FileCorporate web templates
Mar.25
Downloads
File100 Do's and Don'ts in Web Design