|
Web hosting suatu pandangan.. |
|
|
|
|
Written by code7
|
|
Saturday, 18 August 2007 |
Bebaru ni web Softhands mengalami masalah bandwidth kerana peningkatan dari segi user dan traffic. Actually di hosting Softhands saja ada beberapa projek subdomain yang besar termasuk Community , Malaysian Topsite , Bibsprop , Downloads dan lain-lain yang masih dalam perlaksanaan. Insyaallah kami akan upgrade hosting yang lebih banyak bandwidth dan space bagi menampung penggunaan resources CPU server yang makin banyak dari tahun ke tahun. Berikut adalah tips mengenai pemilihan web hosting terbaik untuk bisnes internet anda :
- Linux Platform Server
Bagi newbie atau memana Usahawan Internet (Internet Marketers) mungkin boleh pertimbangkan kelebihan web hosting berplatformkan Linux yang mana jauh lebih murah dan praktikal. Sepanjang 6 tahun saya terlibat dalam dunia web development, bagi memana client saya pun cukup selesa dengan platform linux ini. Ia support PHP yang mana banyak script dan juga banyak web application berbanding server Windows serta aplikasi ASP / Win-Based yang agak mahal. - Web Space & Bandwidth yang banyak
Ini adalah penting.. sebabnya kerana untuk memberi ruang simpanan files yang lebih banyak, saiz email anda lebih besar, untuk aktiviti forum, download, traffik yang jauh lebih banyak serta menguntungkan. Tanpa kelebihan space dan bandwidth bermakna anda bakal mengalami risiko untuk downtime serta kehabisan space/bandwidth lebih awal dari yang dijangkakan. Sekiranya web anda sekadar info sahaja maka praktikal gunakan space sikit, tetapi jika anda buat form, download, chatting online serta banyak traffic better tukar kepada virtual private server (VPS) untuk menjamin kepuasan semua pihak. Mcm client saya di SahabatHijjaz.Net.My sudah convert to VPS Hosting untuk masa depan yang lebih baik. - Kurang Downtime
Ini bermakna web hosting provider korang tu mempunyai server yang bebetul berkualiti, dari segi processor, backbone, maintenance yang cekap dan tidak mengambil masa yang lama untuk selesaikan problem teknikal. Dulu saya masa 1st time beli web hosting murah utk personal web saya mmg bermasalah kerana selalu down. Alasannya ada problem teknikal, DDOS attack dan sebagainya. Oleh itu sampai skrg saya guna banyak web hosting provider utk melihat kualiti dan prestasi downtime mereka dari masa ke semasa. Setakat ini web hosting provider yang agak bagus di Malaysia ialah Exabytes.Com.My. - Online support yang friendly
Ini satu yang wajib.. kalo korang ada masalah berkaitan hosting mesti rujuk kepada hosting provider 24 hours. Kalo ia tak jawab dalam masa 12 jam sememangnya mereka tak efisien, ini kerana sepanjang saya guna web hosting provider yang berkualiti dan agak mahal mmg respons dia dalam beberapa saat saja. Cukup puas hati, ia memudahkan client dan juga webmaster mcm saya untuk membangunkan web pada bebila masa termasuk waktu cuti atau tengah² 3am sebagainya.. Ini antara tips² utama mengenai web hosting, mungkin ada lagi tips yang tertinggal namun saya akan update di lain masa pula. :) Add as favourites (46) | Quote this article on your site | Views: 1021
Only registered users can write comments. Please login or register.
|
|
Last Updated ( Friday, 17 August 2007 )
|